Home K - Pop TWICE Jihyo Dan Kang Daniel Dilaporkan Sedang Bercinta. Ini Pendedahan Pengurus Mereka

TWICE Jihyo Dan Kang Daniel Dilaporkan Sedang Bercinta. Ini Pendedahan Pengurus Mereka

0

Anggota kumpulan K-Pop terkenal TWICE, Jihyo dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan WANNA ONE, Kang Daniel.

Berita itu disahkan oleh agensi pengurusan Jihyo, JYP Entertainment hari ini.

“ Jihyo dan Kang Daniel bertemu dan pasangan itu memang sedang bercinta,” ujar wakilnya ringkas.

Manakala agensi pengurusan Daniel, KONNECT Entertainment juga turut memaklumkan perkara yang sama.

“ Hello ini adalah KONNECT Entertainment. Pertama sekali kami ingin memohon maaf atas kelewatan untuk megesahkan perkara sebenar.

“ Kami ingin memaklumkan bahawa memang benar Kang Daniel dan Jihyo sedang bercinta,” jelas wakilnya.

Terdahulu, hubungan pasangan ini didedahkan secara eksklusif oleh portal eksklusif terkenal Korea, Dispatch pagi tadi.

Menurut Dispatch, Kang Daniel dan Jihyo dilihat bertemujanji di kejiranan Hannam, Seoul pada 1 Ogos, dan mereka dilaporkan sedang menjalin cinta sejak awal tahun ini.

bw589

Kedua-dua selebriti ini dilaporkan bertemu di rumah Kang Daniel, dan Jihyo dilihat memandu keretanya sendiri. Kang Daniel dan Jihyo tinggal berhampiran di UN Village.

Satu sumber terdekat dengan dua selebriti itu berkongsi, “Seorang idol sunbae yang rapat dengan Kang Daniel dan Jihyo telah memperkenalkan mereka antara satu sama lain.”

Portal Dispatch kemudian melaporkan bahawa Kang Daniel dan Jihyo bertemu lebih daripada sekali setiap minggu. Mereka dilaporkan bertemujanji sehari sebelum Jihyo terbang ke luar negara untuk sesi jelajah konsert TWICE

bw590

Mereka kemudian bertemu semula selepas Jihyin kembali semula ke Korea. Jihyo turut dilaporkan menemui Kang Daniel selepas persembahan debut solonya pada 25 Julai lepas.

Dispatch juga menyatakan bahawa hubungan Jihyo dan Kang Daniel sudah menjadi rasmi dalam kalangan ahli kumpulan TWICE.

Salah seorang daripada ahlinya dilaporkan pernah menumpangkan Jihyo ke rumah Kang Daniel dan menjemputnya kembali selepas beberapa ketika.

bw591

Mengulas lanjut kepada laporan ini, agensi TWICE; JYP Entertainment dan Kang Daniel; KONNECT Entertainment menyatakan, “Kami telah sedia maklum dengan laporan tersebut dan kami menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam.”

Para peminat semua, bagaimana penerimaan korang tentang percintaan Kang Daniel dan Jihyo TWICE ini?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. DaebaKing

Sumber: gempak & kmania.info