Home News Tiket ‘Sold Out’ Dalam Tempoh 32 Jam, Westlife Bakal Tampil Dengan Persembahan...

Tiket ‘Sold Out’ Dalam Tempoh 32 Jam, Westlife Bakal Tampil Dengan Persembahan ‘Istimewa’

0

Anggota kumpulan Westlife, Shane Filan akui bakal menampilkan persembahan istimewa dengan membawakan lagu-lagu popular mereka di konsert yang akan berlangsung pada Khamis ( malam ini) dan Jumaat ini.

Menurut Shane, mereka akan menyanyikan lebih kurang 20 buah lagu pada malam tersebut.

“ Kami amat bertuah kerana mempunyai lagu-lagu hit dan sudah pasti beberapa lagu yang menjadi kegemaran ramai akan termasuk dalam senarai persembahan kami.

“ Kami tidak mahu membuat persembahan dengan lagu yang peminat kurang kenal jadi kami akan memasukkan lebih kurang dua atau tiga lagu baru dan selebihnya adalah lagu hit,” katanya ketika ditemu bual Gempak.

Mengulas mengenai konsert, Shane akui terharu dengan sambutan peminat di Malaysia.

“ Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong Westlife selama ini termasuklah kemunculan semula kami.

“ Saya saya terharu melihat betapa sayangnya anda semua terhadap Westlife. Secara jujurnya kami juga tidak sabar untuk membuat persembahan.

“ Konsert ini bakal menjadi konsert terbaik Westlife yang akan anda saksikan. Ini janji saya kepada anda,” ujarnya.

Terdahulu, Westlife yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily bakal hadir ke negara ini untuk Westlife The Twenty Tour Live in Kuala Lumpur bertempat di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos ini.

 

Lebih 14,700 tiket konsert terjual dalam tempoh 32 jam selepas pra-penjualan tiket dibuka pada 13 April lalu.

Antara lagu hit kumpulan yang popular pada penghujung 1990-an dan awal 2000 itu termasuklah Flying Without Wings, If I Let You Go, My Love, World of Our Own, Queen of My Heart, Uptown Girl, I Have A Dream dan Swear It Again.

Bagi pemenang contest Westlife yang dianjurkan oleh DaebaKing, pihak admin mengucapkan tahniah dan jumpa anda di konsert Westlife 8 Ogos ini!!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. DaebaKing

Sumber: gempakbw654