Home Entertainment TWICE Dahyun Dikecam Teruk Kerana Melakukan Ini Kepada Lisa BLACKPINK

TWICE Dahyun Dikecam Teruk Kerana Melakukan Ini Kepada Lisa BLACKPINK

0

Terdapat satu lagi drama yang sedang dihebohkan apabila seorang lagi idola menjadi mangsa ‘Keyboard Worrior’ di ruang komen media sosial.

Insiden itu bermula apabila Dahyun TWICE sedang membuat siaran langsung di platform sembang peminat di Bubble.

Semasa siaran, lagu BLACKPINK, khususnya “LALISA” Lisa telah dimainkan dari telefon Dahyun. Dahyun mula menganggukkan kepalanya mengikut rentak dan dengan pantas menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai YouTube Premium dan ia adalah iklan YouTube.

Selepas menunggu butang skip muncul, Dahyun kemudian menekannya untuk ‘skip’ iklan lagu tersebut.

Ini telah membuat beberapa peminat bertindak menyerbu Instagram Dahyun dan meninggalkan komen yang negatif dan menuntut ahli TWICE itu meminta maaf.

1663346057 image

1663346061 image

1663346069 image

Seorang K-netizen mengimbas kembali masa apabila peminat menyerbu Instagram Chaeyoung apabila dia mewarnakan rambutnya dengan warna oren. Peminat ini mendakwa Chaeyoung cuba untuk meniru warna rambut Lisa pada tahun 2018.

Baca lagi: “Sebenarnya Saya…”- Pengakuan IU Undang Rasa Kasihan Daripada Peminat
Baca lagi: Lisa BLACKPINK Keluar ‘Dating’ Dengan Model LA

1663346288 image

Ini memulakan satu lagi perdebatan di mana mereka mengatakan bahawa BLACKPINK juga menderita dengan cara yang sama.

Netizen mengulas, “Ada peminat TWICE yang memfitnah BLACKPINK pada komuniti dalam talian seperti di sini di Nate Pann,” “Peminat TWICE juga menyerang ahli kumpulan gadis lain juga, takpe pulak? Mereka kecewa apabila ahli mereka diserang oleh orang lain,” “Dahyun jadi mangsa di sini, kenapa peminat BLACKPINK yang marah?” dan “Yang peminat pun, ‘over’ sangat.”

Sumber: [1]