Home Concert “Sebenarnya Saya…”- Pengakuan IU Undang Rasa Kasihan Daripada Peminat

“Sebenarnya Saya…”- Pengakuan IU Undang Rasa Kasihan Daripada Peminat

0

Pada minggu lepas, IU telah mengadakan sebuah konsert di stadiu Olimpik di Kompleks Sukan Jamsil di Seoul. Selepas persembahan, IU dikatakan telah memberitahu sesuatu kepada peminatnya di konsert tersebut, “Secara jujurnya, saya sedikit gementar untuk persembahan hari ini, dan saya merasakan persembahan harini amat sukar.”

IU berkata, “Sebenarnya, saya mengalami masalah pendengaran, jadi saya sudah bersiap sedih dan melakukan persiapan cuma agak gementar ketika melakukan persembahan.” IU turut menambah, “Ia bukanlah sesuatu yang serious, tetapi situasi ini menyebabkan saya tidak dapat mengawal telinga saya dan perkara ini sudah berlaku sejak setahun yang lalu.”

1663612940 image

Dia menyambung, “Saya bernasib baik kerana keadaan tekak saya tidak begitu teruk tetapi selepas persembahan semalam, telinga saya agak sakit sedikit, saya agak mungkin kerana terlalu banyak melakukan latihan siang dan malam. Saya berada di atas pentas dan saya agak gementar jika perkara itu akan terjadi selepas saya mulakan nyanyian namun semua nya hilang sebaik sahaja saya mendengar sorokan daripada kalian semua.”

Konsert IU telah berlangsung selama dua hari iaitu, 17 dan 18 September, dan merupakan konsert solo terbesar IU yang pertama sepanjang tiga tahun. Konsert itu amat bermakna kerana IU merupakan wanita pertama yang mengadakan konsert di stadium olimpik utama di Kompleks Sukan Jamsil.

Caya lah IU!!!

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Lisa BLACKPINK Keluar ‘Dating’ Dengan Model LA