Home K - Pop “Tua-tua Pun Gatal?”-Aktor Squid Game, Oh Young Soo Ditahan Kerana Lakukan Gangguan...

“Tua-tua Pun Gatal?”-Aktor Squid Game, Oh Young Soo Ditahan Kerana Lakukan Gangguan Seksual

0

Pelakon drama meletup satu dunia, ‘Squid Game’, Oh Young Soo ditahan polis kerana melakukan gangguan seksual.

Terdahulu, pelakon yang berusia 78 tahun itu dikatakan telah memegang seorang wanita ini di tempat yang tidak sepatutnya pada tahun 2017. Walaupun Oh Young Soo telah menafikan dakwaan tersebut, namun dia telah ditahan atas dakwaan kesalahan gangguan seksual pada Khamis, 24 November. Pendakwaraya di bandar Suwon telah mendedahkan Oh Young Soo telah menyentuh bahagian tubuh wanita tersebut di tempat yang tidak sepatutnya pada tahun 2017. Mangsa telah melakukan laporan pada Disember 2021 dan walaupun kes tersebut telah ditutup, ianya dibuka semula atas permintaan mangsa.

Sementara itu, Oh Young Soo telah menempah nama di persada dunia lakonan selepas wataknya dalam drama hit ‘Squid Game’ dan telah memenangi anugerah Golden Globe nya buat pertama kali.