Home Kdrama/Kmovie Mario Maurer Jadi Romeo ‘Handsome’ dan Pelbagai Drama Thai di Viu

Mario Maurer Jadi Romeo ‘Handsome’ dan Pelbagai Drama Thai di Viu

0

Buntu taktahu nak tengok cerita apa? Korang suka tak kalau tengok drama bersiri daripada Thailand? Meh sini nak kongsi dengan korang drama Thailand yang boleh ditonton di aplikasi Viu:

Bad Romeo 

Drama yang dibintangi oleh pelakon digilai ramai ini, Mario Maurer dan turut bergandingan dengan Yaya Urassaya Sperbund, aktress jelita yang menjadi pujaan di Thailand.

Bad Romeo ini mengisahkan tentang Saikim (Yaya Urassaya), seorang anak kepada hartawan ternama yang hidupnya sering dikongkong oleh ayah dan tidak dapat bergerak bebas. Saikim telah membuat rancangan untuk bercuti ke Thailand tanpa pengetahuan ayahnya.

12345 1

Saikim berpakat dengan rakan baiknya, Lita untuk bertukar tempat dimana Lita akan ke London dan merasakan hidup sebagai anak orang kaya. Namun kejadian telah menjadi sebaliknya, apabila masalah menimpa Saikim dan dia telah bertemu dengan Kaokla (Mario Maurer), lelaki miskin yang bekerja sebagai mekanik. Keadaan menjadi lebih kusut apabila ayah Saikim sudah mengetahui bahawa Saikim berada di Thailand selepas Lita menggunakan aplikasi jodoh dengan mendaftar nama Saikim.

Saikim telah bergaduh dengan ayahnya dan bertemu dengan Kaokla yang kecewa selepas kekasihnya curang dan berkahwin dengan orang lain. Mereka berdua telah bercerita kesedihan masing-masing, sehingga lah terlanjur… Apa yang bakal terjadi kepada Kaokla dan Saikim?

Lipgloss Spy 

Lipgloss Spy ini mengisahkan tentang ahli kecantikan yang bernama Baralee. Setelah lama menjadi ahli kecantikan, dia telah bosan dan memilih untuk menjadi penyiasat.

WhatsApp Image 2022 11 30 at 12.02.42 PM

Oleh kerana dia berkawan dengan seorang polis, Baralee telah mendaftarkan dirinya untuk menjadi penyiasat. Dia kemudian telah mendapat tugas untuk menyiasat sebuah kes dadah, apa yang lebih menarik nya ialah ketika penyiasatan Baralee sentiasa membawa tas ria yang digunakan untuk menjadi senjata. Nampak menarik kan cerita ni, daripada seorang ahli kecantikan akhirnya bertukar menjadi penyiasat!

The Three Gentle Bros 

Drama bersiri ini mengisahkan tentang seorang ibu yang membesarkan tiga anak nya dengan menjadi seorang yang tegas. Mam Kathaleeya McIntosh memegang watak sebagai Pimpattra Phurin, ibu yang sangat mengawal kehidupan ketiga-tiga anak lelakinya bahkan telah menetapkan jodoh untuk mereka bertiga. Ketiga-tiga anak lelakinya, Tay Tawan Vihokratana memegang watak sebagai Thevis Chattra (Thames) , Gun Atthaphan Phunsawat memegang watak sebagai Ashira Sudakarn (Arty) dan Luke Ishikawa Plowdenmemegang watak sebagai Itchaya Prapavisanu (Itch).

62f2fecae2933

Lagi menjadi masalah apabila ketiga-tiga anak lelaki mereka ini bukan lah daripada ayah yang sama. Mereka telah memiliki kisah cinta masing-masing dan berniat untuk menentukan hidup mereka sendiri tetapi ternyata ibu mereka sangat bersikap tidak adil dengan menjadi seseorang yang menetapkan nasib hidup mereka.

Itch telah berhubungan dengan Kaewkla, yang merupakan adik kepada hasil hubungan curang ayahnya dengan wanita lain. Sedangkan ibunya meninginkan seseorang yang mempunyai taraf hidup yang tinggi dan bersopan santun.

Pimpattra ingin wanita yang hidup dengan Tevis menghormati orang tua dan berpakaian sopan. Tetapi Tevis telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang memiliki sifat seakan mirip ibunya, Nuengnaret.

Ashira pula enggan berjodoh dengan wanita pilihan ibunya apabila telah mengupah seorang sahabat ibunya untuk berpura-pura menjadi kekasih hatinya iaitu Nareeya.

Adakah mereka bertiga ini akan terus membuat keputusan sendiri atau akan mengikuti sahaja kemahuan ibunya dalam menentukan kehidupan mereka?

Real Fake 

Drama genre komedi romantis ini diarahkan oleh pengarah daripada M39. Drama sebanyak 12 episod ini mengisahkan tentang polis muda yang terkenal di laman sosial sebagai wakil TAT dan cuba untuk mengejar gangster palsu yang dijalankan oleh ‘Real’, seorang gadis yang cantik dan bijak daripada rumah yatim piatu.

2 1 4

Suatu hari, Gob telah berjumpa dengan sebuah beg yang berisi jutaan duit dolar Amerika yang akhirnya mengheret dirinya untuk terlibat dalam perdagangan duit haram. Adakah Gob akan membantu Real atau sebaliknya? Siapa yang betul dan siapa yang palsu?

Friend to Enemy 

Drama sebanyak 16 episod ini dibintangi oleh Patricia Tanchanok Good, Pon Nawasch Phupantachsee, Mo Monchanok Saengchaipiangpen & God Itthipat Thanit.

1166057005 2

Ia mengisahkan tentang empat orang peguam di sebuah firma yang bernama G-Lawyer. Nick,Wan & Beam diberi tempoh satu bulan sahaja untuk percubaan kerana hanya tiga orang sahaja yang akan diterima untuk bekerja.

Bagaimanakah kesudahan cerita ini?

Haaa! Menarik kan drama Thailand yang korang boleh binge watch dekat Viu ni? Langgani pek premium Viu supaya korang boleh tonton tanpa gangguan iklan! Jom langgan sekarang!