Home Kdrama/Kmovie Drama Korea “TRIGGER”, Gabungan Aksi, Rahsia dan Dendam dalam Dunia Senjata Haram Korea

“TRIGGER”, Gabungan Aksi, Rahsia dan Dendam dalam Dunia Senjata Haram Korea

0
Kim Young Kwang

Kim Young Kwang sekali lagi mencuri perhatian peminat menerusi watak terbarunya dalam drama Korea bertajuk TRIGGER. Kali ini, beliau membawakan watak Moon Baek, seorang lelaki misteri yang juga merupakan pakar senjata api.

Tertanya-tanya bagaimana Kim Young Kwang akan menghidupkan watak unik ini? TRIGGER menampilkan isu berkaitan peningkatan jenayah senjata api haram yang kini membimbangkan di Korea Selatan. Dalam drama ini, Kim Young Kwang akan bergandingan dengan Kim Nam Gil, yang memegang watak sebagai bekas penembak tepat.

Sebelum ini, Kim Young Kwang turut tampil sebagai Gangcheori atau Imoogi dalam drama The Haunted Palace, membawa watak makhluk mitologi berupa naga yang berubah menjadi manusia dan sering tampil dengan pakaian serba hitam. Berikut ialah sorotan utama tentang kemunculannya dalam drama TRIGGER:

1. Jalan Cerita ‘TRIGGER’: Ketika Senjata Haram Menggugat Keamanan Negara

Kim Young Kwang

TRIGGER berlatarbelakangkan Korea Selatan, sebuah negara yang terkenal dengan undang-undang kawalan senjata yang sangat ketat. Namun, ketenteraman itu mula tergugat apabila senjata api haram mula membanjiri pasaran gelap, lalu mencetuskan kekacauan dan kebimbangan awam.

Dalam keadaan genting ini, Lee Do – bekas penembak tepat yang kini bertugas sebagai anggota polis, berusaha menegakkan keadilan serta membendung penyalahgunaan senjata api. Beliau bekerjasama dengan Moon Baek, seorang individu misteri yang cukup arif tentang perdagangan senjata secara rahsia. Walaupun pendekatan mereka berbeza, namun matlamat mereka tetap sama: menghapuskan jenayah senjata api haram.

Baca juga: “TRIGGER” 25 Julai Ini, Misi Gelap Bekas Penembak Tepat Dalam Korea Yang Kini Dilanda Perdagangan Senjata Haram

2. Kim Young Kwang sebagai Moon Baek: Watak Misteri dengan Latar Silam yang Kelam

Trigger

Dalam TRIGGER, Kim Young Kwang membawa watak Moon Baek, seorang lelaki dengan latar silam yang penuh teka-teki. Beliau digambarkan sebagai individu yang kelihatan bebas dan ceria, namun menyimpan rahsia besar mengenai identiti dirinya sendiri. Oleh kerana tidak mengetahui asal-usulnya, beliau memilih untuk menjalani hidup tanpa terikat dengan sebarang peraturan.

Meskipun diselubungi masa lalu yang gelap, Moon Baek sebenarnya memainkan peranan positif, membantu Lee Do menumpaskan penjenayah. Namun, tindakannya kadangkala bercanggah dengan lunas undang-undang.

Watak ini memberi cabaran besar kepada Kim Young Kwang kerana sangat berbeza dengan watak-watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini, termasuk watak Gangcheori dalam The Haunted Palace, makhluk naga yang menjelma menjadi manusia.

3. Gandingan Kim Young Kwang dan Kim Nam Gil

95688714 d1b7 465c a123 b3b5302bea83

Pertemuan antara Lee Do dan Moon Baek bukan sekadar pertembungan fizikal, bahkan menjadi medan pertembungan prinsip, antara moraliti, undang-undang dan kuasa. Lee Do yang berpegang teguh kepada peraturan akan berdepan dengan Moon Baek yang lebih longgar dan pragmatik.

Gandingan Kim Young Kwang dan Kim Nam Gil menjadi salah satu tarikan utama dalam TRIGGER. Hubungan dinamik antara dua watak ini – yang mempunyai pendekatan berbeza dalam menangani jenayah, dijangka memberikan ketegangan dan keterujaan tersendiri kepada para penonton.

4. Moon Baek Sebagai Tukang Senjata Bawah Tanah

b8b3c478 db95 41d8 b2dc d08d488a6064

TRIGGER bukan sahaja padat dengan aksi yang mendebarkan, malah turut menyentuh isu sosial yang relevan, khususnya kesan psikologi senjata api terhadap masyarakat.

Melalui akaun rasmi Instagram Netflix, beberapa sedutan babak dari TRIGGER mempamerkan adegan aksi yang mencengkam, termasuk peranan Kim Young Kwang sebagai pembuat senjata yang menjadi kunci utama dalam rangkaian perdagangan senjata bawah tanah.

Dengan jalan cerita yang kompleks serta barisan watak yang kuat, TRIGGER menawarkan pengalaman tontonan yang segar dan berlainan daripada drama Korea kebiasaan.

5. Tarikh Siaran dan Platform Penstriman TRIGGER

IMG 3064

Buat para peminat Kim Young Kwang dan penggemar drama Korea berunsur thriller, TRIGGER adalah sebuah naskhah yang wajib ditonton. Drama ini dijadualkan untuk tayangan bermula 25 Julai 2025 menerusi platform penstriman Netflix.

Pastikan anda menanda tarikh tayangan dan jangan lepaskan peluang menyaksikan lakonan bertenaga Kim Young Kwang sebagai Moon Baek dalam misi menumpaskan rangkaian senjata api haram di Korea Selatan. Drama ini menjanjikan aksi yang mendebarkan serta konflik emosi yang akan membuatkan anda terpaku hingga ke penghujung episod.

Baca: Head Over Heels: Roh Jahat Mengganas, 4 Konflik Belum Terlerai Menjelang Minggu Akhir
Baca juga: Anak-Anak Terbuang Bangkit Membalas Dendam, The Defects Bongkar Sisi Gelap Sindiket Adopsi Haram