Home K - Pop “Tom Yam Tu Makanan Kami”- Dialog Dalam Episod Kdrama “Big Mouth” Mengherdik...

“Tom Yam Tu Makanan Kami”- Dialog Dalam Episod Kdrama “Big Mouth” Mengherdik Penduduk Thailand

0

Kdrama yang sentiasa ditunggu episod baru nya oleh peminat serata dunia baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan menghina penduduk Thailand.

download 1

Salah satu babak dengan dialog yang menggambarkan seolah-olah tomyam itu makanan tidak elok telah dilakonkan oleh Lee Jong Suk sebagai Park Chang Ho, apabila dalam episod tersebut dia berdepan dengan penjenayah dan menanyakan samada ibu penjenayah tersebut memakan sup rumpai laut selepas dia lahir.

download

“Mak kau makan sup rumpai laut tak lepas bersalin kan kau? Apa eh yang dia makan sampai lahirkan orang gila macam kau, makan TOMYAM? ke sup Seonji?”

Untuk makluman, kebanyakan ibu-ibu di Korea akan memakan sup rumpai laut sebaik sahaja melahirkan anak. Tidak tahu mengapa tapi mungkin terdapat keistimewaan di situ. Dalam babak tersebut, Lee Jong Suk bertanyakan mengenai itu kepada penjenayah tersebut dan melabelkan nya sebagai gila.

Dimaklumkan, penonton daripada negara Thailand seakan-akan terkilan dan kecewa dengan dialog yang digunakan dalam babak tersebut, kerana tomyam merupakan makanan kebangsaan penduduk negara tersebut. Kedengaran sedikit “racist” pada dialog tersebut kerana seakan menyalahkan tomyam sehingga melahirkan anak gila. Penduduk Thailand juga kecewa kerana drama itu seakan tidak sensitif terhadap budaya mereka.

Perkara ini telah menjadi bualan penduduk Thailand sehingga ada yang membuat posting di Twitter tentang hal ini.

“Tak tahu la, tapi racist la cakap pasal tomyam”

“Tomyam tu kesukaan kami, tak gila pun kami makan tomyam, elok je”

“Tahu la k-pop, tapi jangan sampai jadi tak sensitif begini”

“Haramkan drama ni di Thailand, kurang ajar”

Adui cari pasal betul ya… Kenapa penerbit tak periksa dahulu? Sensitif kan tu…

Sumber: KoreaBoo

Baca artikel terdahulu: Kim Se-Jeong, Penyanyi & Pelakon Versatile