Home Entertainment Kim Sejeong, Penyanyi & Pelakon Versatile

Kim Sejeong, Penyanyi & Pelakon Versatile

0

Dah tengok ke belum Kdrama Today’s Webtoon? Kalau dah, mesti korang tahu kan siapa pelakon utama kdrama tu? Siapa lagi kalau bukan Kim Sejeong! Dalam artikel kali ini, nak cerita sikit latar belakang mengenai pelakon jelita ini yang sememangnya berbakat besar.

Kim Sejeong ni memang berbakat besar tau, kebolehan yang dia ada bukan sahaja dalam bidang lakonan tetapi juga nyanyian. Sebelum menceburi bidang lakonan, beliau merupakan seorang penyanyi dalam kumpulan I.O.I & Gugudan. Beliau merupakan vokalis utama dan visual untuk kedua-dua kumpulan tersebut.

Kim Sejeong 2022

Kim Sejeong telah menjadi terkenal selepas meraih tempat kedua di acara survival hit Produce 101 yang membuatkan dirinya memenuhi syarat untuk menjadi anggota kumpulan projek I.O.I.

kim sejeong main 2 0

Setelah bertahun, Sejeong merupakan selebriti yang paling mendapat tempat bukan sahaja di dalam dunia idola, tetapi juga dalam pelbagai bidang hiburan yang lain. Sejeong memulakan debut nya bersama kumpulan I.O.I pada 4 Mei 2016 dengan album mini pertama mereka, “Chrysalis” dan pada 23 Jun 2016, Sejeong memulakan debut semula sebagai anggota Gugudan.

Ketika majlis pelancaran album Gugudan, “Act.1 The Little Mermaid”, Kim Sejeong tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana jadual kerja yang terlalu padat dan sibuk. Pada tarikh 27 Januari 2017, I.O.I telah dibubarkan secara rasmi setelah melancarkan single ketiga dan juga terakhir mereka, berjudul “Downpour”.

Pada bulan Julai, Sejeong telah melakukan debut dalam bidang lakonan melalui sebuah drama yang disiarkan di KBS iaitu, School 2017 dan memegang watak utama dalam drama tersebut.

Pada 10 Julai 2018, Kim Sejeong memulakan debut sebagai anggota sub-unit kedua Gugudan, iaitu Gugudan SEMINA, dan melancarkan album pertama dan satu-satunya sahaja album mereka bertajuk “SEMINA”. Walaubagaimanapun, pada 30 Disember 2020, Jellyfish Entertainment mengumumkan bahawa Gugudan dibubarkan setelah 4 tahun bersama.

Karier Sejeong tidak terhenti disitu apabila beliau meneruskan sebagai artis solo dan melancarkan album mini pertama yang berjudul “Plant” (2020) dan mini kedua, “I’M” (2021).

Walau bagaimanapun, Kim Sejeong tidak hanya tertumpu dalam bidang nyanyian apabila beliau mendapat pelbagai tawaran dalam bidang lakonan, dan juga memegang watak utama untuk beberapa buah drama iaitu, “School 2017”, “The Uncanny Counter”, “Business Proposal” dan yang sedang ditayangkan sekarang, “Today’s Webtoon”.

Sinopsis mengenai kdrama, Today’s Webtoon, mengisahkan tentang seorang wanita yang berjuang bersama dengan rakan sekerjanya yang merupakan editor webtoon dan bergabung dengan jabatan editorial webtoon. Ma Eum, lakonan Kim Sejeong berjaya memasuki jabatan tersebut setelah melalui pelbagai rintangan dan halangan.

kim sejeong nam yoon su choi daniel todays webtoon sub indo viu min

Ma Eum memiliki nafsu makan yang besar, deria bau yang baik dan merupakan bekas atlet judo kebangsaan. Ma Eum terpaksa menghentikan karier sebagai atlet setalah mengalami kecederaan di ligamen pergelangan kaki dalam sebuah insiden ketika pertandingan judo.

Tonton kdrama “Today’s Webtoon” yang bersiaran di platform Viu Malaysia sekarang. Klik “Today’s Webtoon” playlist di sini!