Home Entertainment “Tidak Sesuai Untuk Tontonan Umum”, – Muzik Video ‘Pink Venom’ BLACKPINK Dinyah...

“Tidak Sesuai Untuk Tontonan Umum”, – Muzik Video ‘Pink Venom’ BLACKPINK Dinyah Keluar Daripada ‘Music Bank’

0

Lagu yang sedang melonjak populariti nyanyian kumpulan terkenal dunia BLACKPINK, “Pink Venom” dinyah keluar daripada ‘Music Bank’ selepas dikatakan tidak sesuai untuk tontonan umum di siaran KBS.

Blackpink Pink Venom

Berdasarkan laporan pada 5 September lalu, lagu terbaru daripada BLACKPINK itu telah dinyah keluar daripada carta ‘Music Bank’ selepas KBS menganggap lagu itu tidak sesuai disiarkan di KBS.

Pink Venom Cover

Alasan yang diberi oleh KBS selepas keputusan itu dilakukan pada 24 Ogos yang lalu ialah lagu itu telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan termasuk menyebut beberapa jenama di dalam lirik lagu mereka.

unnamed 4

Secara amnya, pihak yang terbabit dengan pengeluaran lagu tersebut akan menukar lirik dan memohon semula penyertaan tetapi YG Entertainment seakan tidak mengendah perkara itu dan hanya membiarkan sahaja lagu tersebut tidak memasuki carta.

Takpe la, VMA je dah menang banyak kan, kasi chance kat orang lain la pulak…

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Cantik Dari Azali”- Netizen Puji Kecantikan Gambar Graduasi Mendiang Sulli f(x)