Home Entertainment Kisah Dara 2NE1 Yang Menyayat Hati

Kisah Dara 2NE1 Yang Menyayat Hati

0

Beliau merupakan artis yang kelihatan ceria dan menyenangkan setiap masa, tetapi tidak ramai mengetahui kisah disebalik kesusahan yang dihadapi oleh selebriti terkenal ini.

Sandara Park merupakan antara artis yang paling dikenali di Korea Selatan untuk beberapa dekad ini. Beliau merupakan salah seorang kumpulan paling popular sebelum ini, 2NE1. Buat masa ini, Dara merupakan artis yang paling in-demand di Asia, selepas dilantik menjadi duta kepada beberapa produk terkemuka dan juga muncul di rancangan-rancangan televisyen.

Walaupun begitu, tidak ramai yang mengetahui kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh penyanyi ini sebelum mengecapi segala yang beliau miliki sekarang.

unnamed 5

Ayah Dara merupakan seorang ahli perniagaan bagaimanapun pada usianya 8 tahun, perniagaan ayahnya telah lingkup dan keluarganya terpaksa menanggung kerugian akibat daripada itu. Dara turut memberitahu bahawa mereka sekeluarga tidak mempunyai duit untuk membayar tambang bas. Beliau terpaksa berjalan kaki ke rumah neneknya untuk meminjam wang.

Ketika zaman kanak-kanak, Dara banyak menghabiskan masa menjaga adik-beradiknya yang lain. Sebagai anak sulong, Dara sememangnya mempunyai sikap tanggungjawab terhadap adik nya semenjak beliau muda lagi.

unnamed 1 2

Keluarga Dara kemudian berpindah ke Filipina ketika Dara berusia 10 tahun untuk membina semula karier ayahnya. Walaubagaimanapun, Dara tidak menguasai bahasa Filipina. Ketika hari pertama persekolahannya, beliau telah ditertawakan oleh rakan-rakannya yang lain kerana ketidakmampuan beliau berbahasa Filipino.

unnamed 6

Seiring dengan masa, Dara berjaya menharungi cabaran tersebut dan meminta bantuan rakan-rakannya untuk beliau fasih berbahasa Filipino dan mula berkawan dengan ramai orang dan berhubung dengan guru.

unnamed 7

Tetapi, beliau tetap dibuli sepanjang persekolahannya. Dara pernah diherdik kerana tabiat beliau yang suka melambai tangan dan turut diperkatakan sebagai habit yang memalukan.

Dara mempunyai impian untuk menjadi seorang selebriti, selepas mendapat inspirasi daripada Seo Taiji & Boys, di mana CEO Yang Hyun-Suk merupakan salah seorang ahli kumpulan itu.

Dara telah menyertai ujibakat Star Circle Quest dan kerana populariti nya, beliau berjaya menduduki tempat kedua. Ini membawanya kepada era kegemilangan di usia seawal 21 tahun, dan menjadi terkenal di Filipina. Album pertamanya, SANDARA telah terjual sebanyak 100000 unit dan beliau telah membintangi beberapa buah drama dan filem di Filipina.

CKC96rnXjawyJDr5FdiZnO6hSsCQ 7D60Rup3Ltp3x6FwYLzG rvjCQdqd898JrIiyMrAx8qU1RNyS13fU1h8gS8CpDpAW2i1A=w32 fSoften=1,100,0 rp e365

Walaupun memiliki pendapatan sendiri, tetapi kewangan Dara dikawal ketat oleh ayahnya. Ayah Dara seorang penjudi tegar dan dalam masa beberapa tahun, wang simpanan Dara habis kerana sikap ayahnya yang suka berjudi tu!

Selepas itu, ayah Dara dikatakan telah meninggalkan keluarga tersebut untuk wanita lain, menyebabkan Dara bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keluarga nya. Beliau turut membiayai pendidikan adiknya, Thunder dan memastikan keperluan keluarganya dipenuhi.

VkTwXwAvLIypDGcDCIOcmtGFoaibCIxXp1lKu Y47szqY 1OnbXsXhzSgvQgFE95bjSixS5u5be9K5luocIvpN NGtj4gEgxw=w32 fSoften=1,100,0 rp e365

Pada tahun 2007, populariti Dara mula berkurang dan beberapa filem lakonan beliau tidak mendapat sambutan. Skandal terbesar yang terpaksa dihadapi olehnya ketika adalah apabila ayahnya ditangkap kerana gagal membayar pinjaman. Walaupun ayahnya mengkhianati keluarga, namun Dara tetap menjamin ayahnya keluar daripada penjara. Rentetan daripada isu tersebut, reputasi Dara tergugat di Filipina.

Dara tidak lagi mendapat tawaran untuk menjadi duta dan juga lakonan, yang merupakan pendapatan utama keluarga Dara buat ketika itu.

b9p2A7prUJ0S19Wdvj9QgLyfmvYbcwAwsVyloAj SqNSQTFpQKy4yiuTIgUu9i7IvmodinGCXgiSlaBXw8zPXAZmW3h3ylbK=w32 fSoften=1,100,0 rp e365

Dara kemudian mendapat tawaran untuk sebuah majalah pornografi untuk sebuah pengambaran pakaian dalam. Walaupun Dara tidak selesa dan kurang bersetujum namun beliau terpaksa melakukan nya untuk meneruskan kehidupan.

Disebabkan itu, kontrak Dara tidak lagi diperbaharui oleh syarikat Filipino pada tahun 2007.

RMDr DvZv2XGXyBU5zogudibH 22o8W3nZrqjVoJsuzDMoISTVaXr0XQlzpInYQ7vKrsR6hxg8KSAE 6onhL7JW0iPBmbazQBg=w32 fSoften=1,100,0 rp e365

Ajaibnya, Dara telah mendapat tawaran daripada agensi terkemuka Korea Selatan, YG Entertainment untuk menjadi pelatih di sana dan ketika itu umurnya sudah menginjak 23 tahun. Dara telah menerima tawaran tersebut dan membawa keluarganya berpindah ke Korea Selatan.

Dara telah bekerja keras sebagai pelatih di YG Entertainment dan dua tahun kemudian, beliau telah “debut” sebagai salah seorang ahli kumpulan 2NE1 yang membawa kepada kejayaan terbesar dalam hidupnya.

mVjwO9LWMmsQ4IXSB7k0x14nfqiMyK8VM24UDHLNGVEoL1ylTLy6B8xBVUNZY8CapOZZ g4KWE3HuuGNFRBWFe TFlgMEcTGo3M=w32 fSoften=1,100,0 rp e365

Walapun berdepan segala cabaran, Dara tidak pernah menjadikan itu alasan untuk beliau terus maju ke hadapan. Pelbagai kesusahan beliau hadapi namun beliau tidak pernah gagal mendahulukan keluarganya dalam semua perkara membuktikan betapa mulianya hati Dara ini.

2yo9TpD1ZaejlzQxJobR6KXmrFimpgwoTonFq8hXE5t2YmwPv0fliCd aKl1OTb2HPvO4hdJ0K4F8Hm600 qmw DLp 5 30zw=w32 fSoften=1,100,0 rp e365

Ini menjelaskan kenapa Dara setia dengan 2NE1, beliau merupakan ahli 2NE1 yang berjaya mengubah kehidupan susahnya.

2NE1 juga telah membawa kembali populariti Dara di Filipina, dan beliau tidak henti menunjukkan rasa cinta kepada negara nya itu dan acapkali pulang ke Filipina untuk tawaran menjadi duta produk dan juga melancong.

VQ1 k3YtsHW UcmwvzRjGdRXxEugF1ZGlZj2qSfsPvWTRGoCC0F6d 7frJcs7W5HIj7xJZ97uNUVH7uZiqGIDsJK4DsI93BaIw=w32 fSoften=1,100,0 rp e365

Jadi untuk anda semua, jangan putus asa! Ambil contoh daripada Dara 2NE1 yang bermula daripada bawah. Dikhabarkan purata pendapatan beliau setakat ini berjumlah 16 juta USD dan menduduki tangga kelima artis K-pop paling kaya ketika ini!!!

Walaupun dah kaya, Dara masih memiliki hati yang mulia dan tidak lupa akan asal usul. Beliau memang memiliki keperibadian yang cantik luar dan dalam. Semoga terus sukses pada masa akan datang Dara!!!

Sumber: KoreaBoo

Baca artikel terdahulu: “Tidak Sesuai Untuk Tontonan Umum”- Muzik Video ‘Pink Venom’ BLACKPINK  Dinyah Keluar Daripada ‘Music Bank’