Cinta berbeza usia? Siapa takut! Tetapi kali ini, bezanya bukan lima atau sepuluh tahun, sebaliknya seribu tahun. Mari berkenalan dengan Ariel dan Ceddy dalam Webtoon “The Young Emperor Is Obsessed With Me”.
Masih ingat kisah dongeng tentang puteri yang terjaga dengan ciuman seorang putera? Ceddy kecil menemui Ariel yang sedang lena dalam sebuah hutan yang dipenuhi raksasa.
Dalam dunianya yang hambar dan tidak berperasaan, segalanya hanya hitam dan putih, sehinggalah dia melihat cahaya sihir yang terpancar dari tubuh Ariel, memukau dan berwarna-warni. Dia mula tertanya-tanya tentang warna mata Ariel jika gadis itu membuka matanya.
Dalam webtoon The Young Emperor Is Obsessed With Me, Ceddy mencuba pelbagai cara untuk mengejutkan Ariel, termasuk mencium bibir gadis itu, namun usahanya gagal. Ariel tetap tidak sedarkan diri.



Webtoon The Young Emperor Is Obsessed With Me diilustrasikan dengan begitu indah oleh Kara, menampilkan Ariel sebagai Penyihir Agung yang anggun dan penuh misteri, serta Cedric, si kaisar muda yang memikat dan berani. Adaptasi daripada karya Lee Yunhee, siri ini memadukan elemen fantasi, percintaan dan konflik politik dalam sebuah naratif yang memukau. Kisah Ariel dan Cedric bukan sekadar tentang cinta, tetapi juga luka lama, keampunan, dan penebusan diri.
Dunia Magis di Tengah Hutan: Pertemuan yang Mengubah Takdir

Dalam sebuah empayar agung bernama Elysium, berdiri satu kerajaan yang menyimpan sejarah panjang yang penuh dengan tipu daya dan sihir.
Rickert Cedric Windelium, si Kaisar Elysium, tampak gagah dan tidak tertandingi. Namun di sebalik wajahnya yang tenang, tersembunyi kenangan pahit yang menjadi titik mula kehidupannya. Kisahnya bermula ketika dia masih kanak-kanak dan tersesat di sebuah hutan misteri. Di situlah dia bertemu Ariel Ashilde Louisa Arundal, puteri terakhir keluarga Arundal dan Penyihir Agung Ashilde.
Ariel, seorang wanita yang sangat berbakat dalam ilmu sihir, memilih untuk hidup dalam pengasingan demi menjaga segel dunia dimensi, bencana yang nyaris memusnahkan dunia seribu tahun lalu. Namun, ketenangannya terhenti apabila seorang budak lelaki bermata tajam dan berambut emas muncul tiba-tiba dan meletakkan pisau di lehernya. Ariel tahu budak ini telah menjadi mangsa dunia kejam di luar sana. Dia menyelamatkan Cedric , pada awalnya hanya kerana simpati yang singkat.
Beberapa tahun kemudian, Cedric membesar di bawah jagaan Ariel. Hubungan mereka sukar untuk ditafsi, ada kehangatan, tetapi juga batasan. Ariel tidak mahu terikat dengan emosi manusia biasa. Dan pada suatu hari, dia meninggalkan Cedric tanpa sebarang penjelasan dan kembali tidur , memasuki kitaran panjang sebagai penyihir abadi.
Sepuluh Tahun Berlalu: Api Dendam, Cinta yang Terluka

Sepuluh tahun kemudian, Cedric telah menjadi seorang lelaki dewasa, tampan, bijak, dan menguasai takhta Empayar Elysium. Namun, dalam hatinya, dendam masih menyala. Dia kembali ke hutan tempat kenangan masa kecilnya, bukan untuk bertemu, tetapi untuk membakar segalanya.
Dengan kemarahan yang membuak, Cedric membakar hutan itu, memaksa Ariel untuk bangun daripada lenanya. Namun dalam keadaan genting itu, Cedric mengungkapkan sesuatu yang mengejutkan:
“Mari kita berkahwin, Ariel.”
Satu lamaran yang gila, penuh teka-teki, adakah ini satu bentuk pembalasan, atau sebenarnya luahan cinta yang telah diselewengkan oleh kesakitan?
Percanggahan Emosi dan Tarikan Yang Sulit Dijangka dalam The Young Emperor Is Obsessed With Me

Ariel, yang telah hidup berabad lamanya dan memikul dosa silam keluarganya, kini terperangkap dalam dilema: haruskan dia menerima atau menolak Cedric? Ini bukan sekadar kisah cinta biasa, tetapi juga pertarungan antara takdir dan pilihan, antara luka lama dan keinginan untuk diselamatkan.
Hubungan antara Ariel dan Cedric menjadi inti utama The Young Emperor Is Obsessed With Me ini. Ariel yang tenang dan penuh rahsia berhadapan dengan Cedric yang bersemangat, namun sarat dengan kelukaan. Dialog mereka padat dengan sindiran, rindu yang terpendam, dan perasaan yang bergelora ,menjadikan hubungan mereka amat sukar untuk dilupakan.
Dengan jalan cerita yang mendebarkan, siri ini membuat pembaca tertanya-tanya:
Adakah lamaran Cedric menjadi permulaan cinta sejati, atau detik kehancuran yang tidak dapat dielakkan dalam The Young Emperor Is Obsessed With Me?
Teruskan membaca The Young Emperor Is Obsessed With Me di laman Webtoon!












