Home Disney+ The Worst of Evil: 7 Kekejaman Jung Gi Cheol di Episod 1-5

The Worst of Evil: 7 Kekejaman Jung Gi Cheol di Episod 1-5

0

Disney+ Hotstar baru sahaja menayangkan drama noir yang dibintangi oleh Ji Chang Wook, Wi Ha Joon dan Lim Se Mi yang bertajuk The Worst of Evil (2023).

The Worst Of Evil telah menayangkan 5 episod pada minggu ini, drama ini mempunyai konsep cerita yang sangat gelap tetapi cukup menarik. Sebuah kartel dadah yang berpengaruh dan berkuasa menjalankan operasi di Gangnam dan diketuai oleh Jung Gi Cheol (Wi Ha-joon).

Seorang polis bernama Park Joon Mo (Ji Chang-wook) ditugaskan untuk menyamar ke dalam geng kartel dadah tersebut dan mengumpulkan bukti. Namun takdir mempermainkan mereka kerana isteri Park Joon Mo, Yoo Eui Jung (Im Se-mi) adalah cinta pertama Jung Gi Cheol.

Jung Gi Cheol berperwatakan tenang, namun ada kekejaman di sebalik topeng ramahnya. Berikut ini merupakan beberapa kejahatan yang telah dilakukan oleh Jung Gi Cheol di episod awal drama Korea The Worst of Evil.

 

a1de2b91 19ab 4192 8f0b dfb9cb6c511d1. Bermula sebagai seorang DJ dan ketua gengster, Jung Gi Cheol cuba nasib menjadi orang bawahan ketua kartel dadah Gangnam, Sarjan Jang (Jeong Man Sik)

 

a937fa05 32ee 4fe8 9de0 46df2960f91c2. Dia adalah orang pertama yang mengusulkan idea untuk menumpaskan pengedar dadah kecilan dan memonopoli pasaran dadah Gangnam, namun Sarjan Jang menolak

 

IMG 75513. Merasa tidak puas hati, Jung Gi Cheol melakukan rancangan dengan memerangkap Sarjan Jang dan anak buahnya dalam sebuah majlis lalu membantai mereka semua

 

ac1daa33 26bb 43ee 88ff cec17982e5994. Menjadi ketua kartel Gangnam, Jung Gi Cheol memujuk profesor Yoon Won Gil (Ye Soo Jung) untuk menghasilkan Kristal Gangnam, dadah dengan kesan yang sangat tinggi

 

74d3ff03 6161 4219 8b6a be802f913ea45. Dia juga menguruskan proses penghasilan serta pemasaran dadah sehingga ke luar negara, termasuk bekerjasama dengan yakuza Jepun yang diketuai oleh Kanemoto (Ki Guk Seo)

 

b1bb71dc e66f 412c b694 398092395f486. Demi mengukuhkan kedudukannya, Jang Gi Cheol juga merancang sebuah perangkap untuk menghancurkan saki baki kawan-kawan Sarjan Jang, termasuk Han Do (Park Min I)

 

 

The worst of evil 7. Jang Gi Cheol berjaya mengalahkan ketua kartel dadah Busan, Song Dong Hyuk (Dok Ko Yeong Jae) dengan memujuk Kanemoto untuk membunuh lelaki itu

Ramai nyawa melayang hanya kerana cita-cita jahat Jung Gi Cheol. Kini kuasa dan pengaruh Jung Gi Cheol dalam menjalankan perniagaan haram kartel dadah semakin mengukuh di Korea Selatan sehingga ke luar negara.

Adakah Park Joon Mo berjaya mengumpulkan bukti untuk pihak polis supaya dia boleh menumpaskan kartel Jung Gi Cheol? Jawapannya akan kita temui dalam episod baru The Worst of Evil yang akan ditayangkan setiap hari Rabu di Disney+ Hotstar nanti.

Baca lagi: The Worst of Evil: 5 Sebab Anda Perlu Tonton Kdrama Ini
Baca juga: Ulasan Episod 1-2 The Worst of Evil, Wi Ha Joon Beraksi Brutal