Home Disney+ The Worst of Evil: 5 Sebab Anda Perlu Tonton Kdrama Ini

The Worst of Evil: 5 Sebab Anda Perlu Tonton Kdrama Ini

0

The Worst of Evil (2023), drama yang diarahkan oleh Han Dong-Wook dan Park Geum-bum ini turut menampilkan pelakon ternama seperti Ji Chang Wook dan juga Wi Ha-jun.

The Worst of Evil membawa genre aksi thriller dan mengisahkan tentang Park Joon Mo (Ji Chang Wook) yang merupakan seorang pegawai polis yang harus berurusan dengan Jung Ki Cheol (Wi Ha-jun) demi menyelesaikan kes sindiket dadah antara Cina, Jepun dan Korea Selatan.

Drama yang akan berjumlah 12 episod dan ditayangkan di Disney plus ini adalah drama yang menyaksikan kemunculan semula Ji Chang Wook dalam drama genre aksi. Drama ini juga akan menampilkan lakonan Wi Ha-jun (Jung Ki Cheol) yang lain dari kebiasaan iaitu sebagai ketua organisasi jenayah yang sedang disiasat oleh Ji Chang Wook (Park Joon Mo).

Berikut adalah 5 sebab kenapa anda perlu menonton drama The Worst of Evil!

1. Dibintangi oleh Ji Chang Wook

The worst of evil Pelakon yang dilahirkan pada 5 Julai 1987 ini dikenali kerana selalu berjaya menampilkan lakonan terbaiknya dan dia adalah pelakon yang mahir dalam adegan pertarungan, adegan menggunakan senjata api, dan juga aksi parkour, ini semua membuatkan watak-watak yang pernah dibawanya dalam berbagai-bagai drama dan filem aksi sentiasa diingati.

Drama bergenre aksi yang pernah dilakonkannya adalah seperti Healer (2015), The K2 (2016), Fabricated City (2017), Hard Hit (2022), semua drama ini membuktikan bahawa dia adalah seorang pelakon aksi yang berwibawa. Kali ini Ji Chang-wook akan menampilkan bakatnya melalui drama The Worst of Evil.

 

2. Menampilkan karisma Wi Ha-Jun, pelakon yang sedang meningkat naik selepas membawa watak sebagai Hwang Jun Ho dalam Squid Game

0220bd99 6011 42cb af76 643fbb0372b7

Siri Netflix yang pernah viral di banyak negara pada tahun 2021 itu telah melonjakkan nama Wi Ha-jun ke puncak populariti sekarang. Membawa watak sebagai Hwang Jun Ho seorang polis berani yang membongkar kejahatan perdagangan organ manusia dalam drama Squid Game.
Hasil lakonan hebatnya dalam drama Squid Game, Wi Ha Jun berjaya menarik perhatian dengan bakatnya, kini Wi Ha Jun kembali menerusi drama The Worst of Evil sebagai seorang ketua organisasi jenayah yang akan melawan Ji Chang Wook.

 

3. Mengangkat tema gangster dan pengedaran dadah

1fc1757a 71fe 4537 8588 da8e0555b1fd

Buat anda yang suka menonton drama yang penuh dengan misteri, penyiasatan dan juga babak aksi di dalamnya, drama The Worst of Evil ini sesuai untuk anda. Tayang setiap hari Rabu, anda boleh menonton drama ini untuk mengisi hari-hari anda.

 

4. Penuh dengan konflik yang kompleks dan
menegangkan
f3c1b08a a338 41b7 a17d 15a004b7378d

Drama yang menampilkan Ji Chang Wook (Park Joon Mo) dan Lim Se-mi (Yoo Ui-jung) yang merupakan sepasang suami isteri yang sama-sama bekerja sebagai polis ini akan menampilkan konflik menegangkan yang cukup pelik. Dimana dalam penyiasatan kes kartel dadah tersebut, Lim Se-mi (Yoo Ui-jung) perlu berhadapan dengan orang yang berasal dari masa lalunya, membuatnya berada dalam dilema antara membantu suaminya dalam menyelesaikan kes tersebut atau menolong orang yang berasal dari masa lalunya itu.

 

5. Berlatar tahun 1990-an

4834311e 2fe3 43c9 ade8 8d968624b651Drama The Worst of Evil memang mengambil latar waktu tahun 1990-an dengan fokus pada kes kartel dadah sindiket Korea Selatan, Cina dan Jepun yang berada di Seoul. Drama ini akan menampilkan aksi pertarungan antara Ji Chang Wook (Park Joon Mo) dan Wi Ha-jun (Jung Ki Cheol). Drama ini akan dipenuhi dengan aksi perkelahian yang sengit antara organisasi jenayah dengan pihak polis.

Episod 1,2 dan episod 3 yang sudah ditayangkan oleh Disney+ membuatkan para peminat drama aksi menaruh harapan yang tinggi pada drama ini, ramai juga yang meyakini bahawa drama The Worst of evil ini akan menjadi drama aksi terbaik untuk tahun 2023.

Baca lagi: Kdrama Oktober 2023: 17 Artis Korea Ini Bakal Menemui Anda, Ada Kim Young Kwan
Baca juga: Ulasan Episod 1-2 The Worst of Evil, Wi Ha Joon Beraksi Brutal