Jackie Chan kembali menghiasi layar lebar melalui filem jenayah blockbuster berjudul THE SHADOW’S EDGE, kali ini bergandingan dengan Tony Leung Ka Fai.
Di Malaysia dan rantau lain, filem China ini mula ditayangkan pada 20 Ogos 2025 lalu dan terus menarik perhatian, bukan sahaja daripada pengkritik filem tetapi juga peminat K-Pop, khususnya penggemar kumpulan SEVENTEEN.
THE SHADOW’S EDGE menampilkan aksi mendebarkan antara sebuah organisasi jenayah yang berjaya menembusi sistem kawalan keselamatan tercanggih untuk mencuri wang bernilai trilion, serta pasukan elit yang ditugaskan memburu mereka. Filem ini sarat dengan adegan kejar-mengejar serta pertarungan penuh ketegangan.
Dalam treler rasmi, penonton diperlihatkan watak Jackie Chan sebagai legenda pemburu jenayah, Wong Tak-Chung, berdepan dengan Tony Leung Ka Fai yang membawakan watak ketua organisasi jenayah, Fu Longsheng, atau lebih dikenali sebagai The Shadow.
Hanya dalam tempoh dua hari selepas ditayangkan pada 16 Ogos di China, filem ini berjaya menarik 6.3 juta penonton dan mencatat kutipan box office sebanyak 2.3 bilion yuan. Tempahan tiket minggu pertama pula mencecah 18.95 juta keping. Dengan mutu produksi bertaraf tinggi serta aksi yang mengagumkan, filem ini meraih penilaian 9.7 di laman ulasan filem China — bukti kukuh bahawa ia benar-benar dinanti.
Berikut ulasan penuh tentang THE SHADOW’S EDGE yang dibintangi Jackie Chan, Tony Leung Ka Fai, Zhang Zifeng, Ci Sha, Jun SEVENTEEN, dan Zhenwei Wang. (Amaran: mengandungi spoiler!)
1. Jackie Chan – Lagenda Hidup yang Tidak Pernah Mengecewakan

Sebagai salah seorang ikon terbesar filem aksi, Jackie Chan tidak pernah gagal memukau penonton dengan kemahirannya, sama ada bertarung menggunakan tangan kosong mahupun senjata.
Berlatar di Macau, Chan melakonkan Wong Tak-chong, pakar pemantauan yang sudah bersara tetapi “dipanggil semula” untuk menumpaskan rangkaian rompakan berteknologi tinggi diketuai musuh lamanya, Fu Lung-sang a.k.a. “The Shadow” (Tony Leung Ka-fai). Filem ini merupakan garapan semula longgar daripada Eye in the Sky (2007) dan berdurasi sekitar 142 minit.
Walaupun sudah berusia 71 tahun, aksi Jackie Chan tetap bertenaga dan luar biasa, malah beliau masih melakukan sendiri adegan aksi tanpa menggunakan pelakon pengganti.
2. Jackie Chan vs Tony Leung – Pertarungan Bertaraf 10/10

Jackie Chan kali ini berhadapan lawan seimbang, Tony Leung Ka Fai, yang bukan sahaja hebat dari segi lakonan tetapi juga dalam melakonkan babak pertarungan.
Antara adegan paling menonjol ialah pertempuran pisau antara kedua-duanya, yang pasti membuat penonton terpaku. Karisma Fu Longsheng sebagai penjahat penuh strategi menambahkan lagi intensiti pertembungan ini.
3. Jun SEVENTEEN – Penampilan Dinantikan Peminat Carat

Filem ini turut menjadi sorotan kerana kehadiran Jun dari SEVENTEEN, sekali gus menjadikannya projek layar lebar yang dinanti peminat Carat.
Lebih daripada sekadar menonjolkan wajah kacak, Jun (Wen Junhui) membuktikan bakat lakonan dan kemahirannya dalam adegan aksi. Malah beliau turut beraksi terus dengan Jackie Chan tanpa menggunakan pelakon pengganti, sesuatu yang membanggakan para peminat.
4. Ci Sha – ‘Anak Angkat The Shadow’ yang Curi Tumpuan

Pelakon Ci Sha membawa watak kembar, dan berjaya mencuri perhatian dalam beberapa adegan penting.
Salah satu babak paling mengesankan ialah pertarungan watak Xiwang (dibawakannya) dengan Fu Longsheng, yang bukan sahaja menampilkan aksi sengit, tetapi juga emosi mendalam kerana ia melibatkan pertembungan dengan bapa angkatnya sendiri. Lakonan Ci Sha di sisi Tony Leung wajar dipuji.
5. Kesimpulan: Filem Yang Wajib Ditonton

Shadow’s Edge ialah “comeback form” Jackie Chan—bukannya sempurna dari segi penceritaan, tetapi memuaskan untuk aksi kriminal yang lebih matang dan berdarah, disandar pesona serta fizikaliti Chan yang masih menyengat. Jika anda rindukan Chan dalam mod thriller serius ala The Foreigner (2017) tetapi mahukan lebih set-piece kreatif, maka THE SHADOW’S EDGE ialah sebuah filem yang wajib ditonton,
Skor: 8.0/10 — wajib tonton untuk peminat Chan dan penggemar aksi Asia moden.
Baca lagi: 10 Pelakon Lelaki China Paling Kaya 2025 Berdasarkan Data Kewangan
Baca juga: Oktober 2025, Ledakan Drama China Sarat Aksi, Cinta dan Dunia Pertarungan








