Home Reality Show The Return of Superman: Jin-woo Sedih Kena Marah Sebab Makan Pasir

The Return of Superman: Jin-woo Sedih Kena Marah Sebab Makan Pasir

0

Jin-woo, anak lelaki pemain bola sepak profesional Korea Park Joo-ho, terduduk sedih selepas dimarahi bapanya kerana makan pasir.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh saluran rasmi ‘The Return of Superman’ TV KBS di YouTube, ketiga-tiga anak Park Joo-ho bermain pasir di taman permainan bersama-sama.

fffffjmn
Kredit: The Return of Superman/KBS

Semasa bermain, Jin-woo nak merasa sikit pasir. Melihatkan kelakuan anaknya, cepat-cepat Park Joo Ho menegah, “Tak boleh, tak boleh, tak boleh! Jangan makan!”

Terkejut mendengar suara bapanya yang meninggi, Jin-woo terus memuncungkan bibir dan melemparkan bot mainan itu ke tanah.

Kemudian dia mencangkung, kelihatan merajuk dan sedih kerana dimarahi atas perbuatannya.

ww1
Kredit: The Return of Superman/KBS

Park Joo-hoo tidak kata apa, sebaliknya Na-eun, anak perempuan sulungnya yang pujuk, “Hei, Jin-woo. Janganlah sedih. Ayah risaukan awak tu, nanti awak sakit bila makan pasir.”

“Kakak minta maaf bagi pihak ayah, okay? Tak mahu sedih-sedih, jom kita main bergembira bersama-sama.”

Selepas dipujuk dan dihiburkan oleh Na-eun, Jin-woo mengangkat kepalanya dan mula bermain dengan pasir semula.

lbvccff
Kredit: The Return of Superman/KBS

Sumber: SBS