Pada 16 Januari, Uee telah muncul sebagai MC khas dalam sebuah rancangan SBS “My Little Old Boy.”

Uee kini sedang membintangi drama tvN “Ghost Doctor,” yang dibintangi oleh Rain dan Kim Bum sebagai doktor dengan latar belakang, kemahiran dan personaliti yang berbeza yang akhirnya telah bergabung badan dan roh.

dummy 1 1

Di dalam rancangan “My Little Old Boy,” Shin Dong Yup bertanya kepada Uee, “Rain terkenal dengan perwatakannya sebagai suami yang penyayang, jadi awak tak rasa nak berkahwin ke ketika melihat dia berinteraksi dengan isterinya Kim Tae Hee?”

4c8e4ead35274a67a608898def6bf83d

Uee menjawab, “Tidak lama dahulu, ketika penggambaran terdapat sebuah trak kopi di atas nama Rain.

Kami berfikir ia telah dihantar oleh peminat atau kenalannya, rupa- rupanya Kim Tae Hee lah yang menghantar trak kopi itu kepadanya.

Dia menghantarnya dengan sangat ‘simple’ dan tanpa membuatnya kelihatan ketara sehinggakan kami pun tidak tahu.

uee kim tae hee

Jika suami saya seorang pelakon dan saya menghantarnya trak kopi, saya akan meletakkan muka saya di ‘banner’ dengan jelas.

Tetapi Kim Tae Hee pula membuatnya secara sangat ringkas. Apabila saya melihatnya, saya sangat iri hati.”

Sumber: Soompi

 

Previous article“Banyak Benda Yang Tak Boleh Buat”, Lea Huening Dedah Kehidupan Sebagai Seorang Idola
Next articleThe Return of Superman: Jin-woo Sedih Kena Marah Sebab Makan Pasir