Bermula sebagai seorang pelayan biasa, Chae Ryeong (lakonan Lee E Dam) diangkat menjadi gundik Raja Lee Bang Won (Lee Hyun Wook) dalam drama The Queen Who Crowns.
Pengangkatan ini mencetuskan luka di hati Permaisuri Wongyeong (Cha Joo Young), kerana Chae Ryeong sebelum ini dianggap dan dilayan seperti anak sendiri oleh permaisuri.
Namun, kasih sayang dan kepercayaan yang diberikan permaisuri tidak dihargai. Demi memastikan kedudukannya tetap terjamin, Chae Ryeong berubah menjadi seorang yang bermuka dua dan penuh muslihat.
Dibawah adalah sembilan bukti liciknya Chae Ryeong yang membuatkan penonton tidak henti-henti geram!
1. Melanggar Janji Kesetiaan kepada Permaisuri
Chae Ryeong pernah bersumpah untuk menjadi pengikut setia Permaisuri Wongyeong, tetapi berubah haluan selepas bertemu dengan Young Sil (Lee Shi A).
2. Berpihak kepada Young Sil
Chae Ryeong bersetuju untuk berpihak kepada Young Sil dan menerima cadangan untuk bersatu melawan kuasa Permaisuri Wongyeong.
3. Berpaling Demi Merebut Hati Raja
Walaupun menunjukkan sokongan kepada Young Sil, Chae Ryeong diam-diam merancang untuk memikat Raja Lee Bang Won.
4. Menggunakan Barang Pemberian Permaisuri
Demi menarik perhatian raja, Chae Ryeong menggunakan barang pemberian permaisuri sebagai alat untuk memikatnya, termasuk menyuap dayang untuk mengatur pertemuan rahsia.
5. Dekati Permaisuri untuk Maklumat Rahsia
Chae Ryeong mendekati permaisuri hanya untuk mendapatkan maklumat pergerakan permaisuri dan keluarganya, yang kemudiannya digunakan untuk kepentingan sendiri.
6. Menggunakan Maklumat untuk Mendekati Raja
Dengan maklumat rahsia itu, Chae Ryeong berjaya memanipulasi keadaan sehingga raja semakin dekat dengannya.
7. Berpura-Pura Dekat dengan Young Sil
Walaupun rapat dengan permaisuri, Chae Ryeong sering mengunjungi Young Sil untuk mendapatkan hadiah yang membantunya mempercantikkan diri.
8. Mengkhianati Young Sil
Chae Ryeong membocorkan pengkhianatan salah seorang pelayan Young Sil, dengan tujuan mengurangkan saingan dalam perebutan kuasa.
9. Berpura-Pura Setia kepada Young Sil
Young Sil tidak menyedari bahawa Chae Ryeong yang membocorkan rahsia tersebut. Chae Ryeong masih bersikap manis dan seolah-olah berada di pihak Young Sil.
Tidak seperti gundik lain yang terang-terangan melawan permaisuri, Chae Ryeong bertindak secara senyap, namun penuh muslihat. Dia bukan sahaja mengkhianati permaisuri, malah memanipulasi gundik lain demi menjadi satu-satunya wanita dalam hati raja. Tidak hairanlah, watak Chae Ryeong dalam The Queen Who Crowns terus mencetuskan emosi dalam kalangan penonton di setiap episod.