Home Kdrama/Kmovie Drama Korea The Defects: Jual Beli Rahsia, Bayi Diperlakukan Seperti Barang dalam Jualan Bidaan...

The Defects: Jual Beli Rahsia, Bayi Diperlakukan Seperti Barang dalam Jualan Bidaan Gelap

0

Dalam drama The Defects, penonton dibawa menyelami sisi paling gelap dunia pemerdagangan manusia yang penuh muslihat. Kisah ini mengangkat watak Kim A Hyeon (dilakonkan oleh Won Jin A), satu-satunya mangsa yang berjaya terselamat daripada siri pembunuhan anak-anak angkat yang dibuang oleh ibu bapa angkat mereka sendiri.

Selepas melalui peristiwa ngeri itu, Kim A Hyeon bersama beberapa lagi mangsa selamat, bangkit dengan satu tekad, untuk membalas dendam dan membongkar kejahatan sebuah organisasi sulit yang memperdagangkan kanak-kanak melalui sistem jual beli secara bidaan.

Dalam misinya menyiasat, Kim A Hyeon berjaya menyusup ke satu lokasi rahsia yang menjadi pusat kepada aktiviti haram tersebut. Di sana, berlangsungnya jualan bidaan bayi dan kanak-kanak yang disusun dengan penuh strategi, seolah-olah ia satu acara rasmi dan sah. Namun realitinya sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Berikut adalah gambaran tragis tentang proses jual beli kanak-kanak melalui sistem bidaan yang berlaku dalam drama ini:

1. Calon ibu bapa angkat hanya terdiri daripada individu terpilih yang dijemput khas

The defects

Mereka hadir bukan kerana kasih atau naluri keibubapaan, tetapi lebih kepada kepentingan peribadi. Mereka diberi jemputan tertutup untuk menyertai proses bidaan bayi yang digerakkan secara haram.

2. Kad akses eksklusif diberikan kepada setiap peserta jualan bidaan

a778b34d 7444 4c4d 9404 25c91c673969

Kad ini digunakan sebagai pas masuk ke lokasi, memperlihatkan betapa terancang dan sistematiknya operasi gelap ini.

3. Identiti para pembida dirahsiakan sepenuhnya

3825a361 ebac 4672 97f4 5901a27661be

Untuk mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa, setiap peserta diwajibkan memakai topeng dan menyembunyikan identiti sebenar mereka sepanjang proses berlangsung.

4. Bayi dan kanak-kanak ditayangkan seorang demi seorang di hadapan pembida

IMG 3735

Maklumat terperinci seperti latar keturunan ibu bapa kandung, golongan darah, jantina dan keadaan fizikal diperincikan seolah-olah anak-anak ini adalah produk yang mahu dijual di pasaran.

5. Proses bidaan dimulakan dengan harga terendah

IMG 3742

Sama seperti jualan lelong barangan, para peserta akan membida harga untuk ‘memiliki’ bayi tersebut. Nilai insan direndahkan menjadi semurah angka dalam senarai harga.

6. Tawaran harga dibuat melalui telefon bimbit menggunakan aplikasi khas

IMG 3744

Organisasi tersebut membangunkan aplikasi digital bagi memudahkan proses bidaan dilakukan secara pantas, moden dan tanpa jejak yang mudah dikesan.

7. Siapa yang tawarannya tertinggi, dialah yang akan membawa pulang bayi tersebut

IMG 3748

Tiada proses penapisan atau kelayakan moral, hanya yang sanggup membayar harga tertinggi yang akan mendapat hak ke atas anak kecil itu.

Paling menyayat hati, ramai antara ‘ibu bapa angkat’ ini sebenarnya telah membuang anak-anak angkat mereka sebelum ini,  anak yang mereka peroleh daripada jualan bidaan sebelumnya. Bayi-bayi yang tidak berdosa ini hanya dijadikan objek sementara untuk memenuhi kehendak atau agenda tertentu.

IMG 3746

Kim A Hyeon dan Seok Su (lakonan Oh Seung Jun) yang turut berada di lokasi jualan tersebut, tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut dan marah melihat kezaliman yang berlaku secara terbuka namun tersembunyi daripada pengetahuan umum.

Drama The Defects bukan hanya sebuah cerita rekaan, ia menjadi cerminan kepada realiti yang mungkin berlaku dalam dunia sebenar. Ia mengajak penonton untuk berfikir: Sejauh mana manusia sanggup bertindak apabila tamak, kuasa dan wang menjadi ukuran nilai hidup?

Jangan lupa saksikan episod seterusnya pada Isnin-Selasa di Aplikasi Tonton!

Baca lagi: Anak-Anak Terbuang Bangkit Membalas Dendam, The Defects Bongkar Sisi Gelap Sindiket Adopsi Haram
Baca juga: The Defects: 6 Jenayah Menjijikkan oleh Sindiket Gelap Bertopeng Kebajikan