Home Entertainment “The Betrayal” Doctor Foster Versi Thai, Kisah Cinta Toksik dan Balas Dendam

“The Betrayal” Doctor Foster Versi Thai, Kisah Cinta Toksik dan Balas Dendam

0

The Betrayal, merupakan drama siri Thailand terbaru remake dari Doctor Foster telah ditayang perdana sejak 23 Ogos 2023.

Sepanjang penayangannya, The Betrayal mempunyai sejumlah 16 episod di mana setiap episod berdurasi 70 minit yang anda semua boleh tonton di platform penstriman Viu.

Doctor Foster merupakan drama siri original BBC One yang sangat popular pada 2015 dan telah pun dibuat dalam pelbagai versi. Sebelumnya, siri ini juga sudah dibuat remake oleh Korea dengan tajuk The World of The Married yang cukup fenomenal pada 2020 lalu.

Selain versi Korea, Doctor Foster juga dibuat remake oleh Filipina, Jepun dan Indonesia dengan tajuk The Broken Marriage Vow (2022), Fufu Ga Kowareru Toki (2023) dan Mendua (2022).

IMG 4718

The Betrayal dibintangi barisan pelakon terkenal, Ananda Everingham sebagai Athin, Anne Thongprasom sebagai Jane dan Patricia Good sebagai Kate, orang ketiga. The Betrayal menampilkan pergolakan cinta yang penuh liku dan sangat intens diantara sepasang suami isteri.

Baca lagi: 5 Kdrama Menarik Di Viu September Ini, Wajib Tonton

SINOPSIS

The Betrayal mengisahkan kehidupan sempurna seorang pakar psikiatri yang berjaya hancur berkecai apabila dia mendapati suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang pelajar kolej yang masih muda. Rakan sesama mereka turut membantu suaminya menyembunyikan perbuatan curang tersebut.

Jane adalah seorang doktor psikiatri yang sibuk. Kehidupan rumah tangganya dengan suaminya, Athin, tampak begitu bahagia. Jane digambarkan sebagai seorang wanita yang sempurna, hampir tanpa celah. Selain berjaya dalam karier, dia juga seorang isteri dan ibu yang penyayang.

IMG 4723

Akan tetapi, kehidupannya yang sempurna berubah drastik menuju kehancuran apabila dia mengesyaki suaminya berlaku curang dengan seorang gadis muda yang merupakan seorang pelajar kolej bernama Kate. Rupa-rupanya, selama ini Athin dan Kate senyap-senyap menjalin hubungan sulit.

Sedikit demi sedikit Jane membongkar rahsia suaminya yang licik. Dia semakin marah ketika pengkhianatan oleh suaminya menjadi lebih jelas. Jane diulit rasa amarah dan hatinya hancur luluh. Dengan tekad yang kuat dia membalas dendam dengan cara yang tak pernah dibayangkannya.

The betrayal

Patricia Good yang membawa peranan sebagai Kate, adalah orang ketiga yang menjalin hubungan sulit dengan Athin. Kate akan berdepan dan membuat pengakuan dengan Jane setelah hubungannya dengan Athin terbongkar.

Meskipun begitu, Kate tidak serik dan tidak merasa goyah. Dia akan tetap meneruskan hubungannya dengan Athin bahkan sehingga ke alam perkahwinan.

Membaca plotnya sahaja sudah membuatkan kita merasa intense, apatah lagi menonton dramanya secara langsung. Pasti menggugat emosi!

Jika anda penggemar lakorn dan drama siri asal Doctor Foster, maka anda pasti akan suka “The Betrayal” versi Thailand ini juga. Jadi pastikan anda tidak terlepas dari menonton drama ini di Viu ya! Jom tonton disini.

Langgan Viu Premium juga untuk menonton drama ini tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 4 Filem Seram dan Thriller Misteri Korea Wajib Tonton di Viu
Baca juga: 5 Kdrama Menarik Kim So Hyun Yang Boleh Ditonton di Viu, Selain My Lovely Liar