Home Entertainment Terdapat Salah Faham Antara Jungkook BTS Dan ‘FIFA World Cup Qatar 2022’

Terdapat Salah Faham Antara Jungkook BTS Dan ‘FIFA World Cup Qatar 2022’

0

Jungkook BTS mendapat penghormatan yang luar biasa untuk membuat persembahan di majlis pembukaan Piala Dunia FIFA Qatar 2022, dengan menyanyikan lagu Piala Dunianya yang bertajuk “Dreamers.”

Jungkook menaiki pentas Piala Dunia untuk mempersembahkan persembahan legendanya bersama artis Qatar Fahad Al Kubaisi pada 20 November 2022.

penyanyi korea selatan jung kook kanan dan penyanyi 221120232828 688

Jungkook telahpun mencipta sejarah sebagai artis Korea pertama yang membuat persembahan di majlis perasmian Piala Dunia FIFA, menjadikan ARMY dan penduduk tempatan berbangga dengan impak dan pencapaian globalnya dan BTS.

Tiga bulan kemudian, video di sebalik tabir dan gambar persiapan Jungkook untuk Piala Dunia telah dikeluarkan oleh BIGHIT MUSIC.

Dalam video di sebalik tabir, Jungkook BTS membuka cerita apabila dia mula-mula mendapat tahu dia dijemput untuk menyertai soundtrack Piala Dunia FIFA dan mengaku bahawa dia telah salah faham pada awalnya.

Permulaan video menunjukkan Jungkook bekerja keras di studio, menyanyikan lagu “Dreamers” dengan mudah walaupun menganggap korus itu terlalu tinggi untuknya.

Di antara rakaman, dia duduk untuk temu bual, di mana dia berkongsi bahawa dia dimaklumkan tentang menyanyikan lagu pembukaan Piala Dunia melalui mesej teks daripada syarikatnya.

Dia secara mengejutkan mendedahkan bahawa dia pada mulanya fikir yang dia akan membuat persembahan bersama ahli kumpulannya, BTS. Sehingga kemudian dia menyedari yang ia merupakan projek solo dan dengan pantas dia berasa cemas.

Dia mengakui bahawa dia sangat berharap yang dia hanya perlu merakamkan sahaja lagu tersebut, dan bukanlah mempersembahkannya secara langsung.

Walaubagaimanapun, maknae kumpulan itu berjaya mengendalikan persembahan itu seperti seorang profesional sejati dan dengan gembira menerima penghormatan menyertai barisan artis yang mengagumkan yang telah merakamkan lagu untuk Piala Dunia.

Baca lagi: Karina Buka Cerita Seram Mengenai Sebuah Lif Yang Pernah Dinaikinya Bersama Winter 

Baca lagi: Sangat Mengejutkan! Ini Bayaran Yang Diterima Song Hye Kyo Untuk Setiap Episod

Persembahan yang tidak dapat dilupakan itu menjadi lebih mengagumkan apabila Jungkook tidak menerima koreografi sehingga selepas dia mendarat di Qatar, dan perubahan masih dilakukan sehingga latihan terakhir.

Walaupun ahli BTS yang lain tidak dapat berada di sana bersamanya, mereka menceriakan maknae mereka secara maya dan memberikan sokongan kepadanya.

Sumber: [1]