Home Entertainment Sangat Mengejutkan Ini Bayaran Yang Diterima Song Hye Kyo Untuk Setiap Episod

Sangat Mengejutkan Ini Bayaran Yang Diterima Song Hye Kyo Untuk Setiap Episod

0

Tahu tak korang, berapa bayaran yang diterima oleh pelakon hebat ini? Kalau nak tahu kena baca sampai habis!

Seorang wartawan media di Korea Selatan, iaitu Ahn Jin Young telah mendedahkan bayaran yang diterima oleh pelakon-pelakon hebat ataupun pelakon gred A bagi setiap satu episod yang mereka lakonkan.

Richest Korean Actors

Secara keseluruhan, ramai pelakon akan menerima bayaran sebanyak hampir RM1 juta bagi setiap episod. Ya! Setiap satu episod RM 1 juta. Gila bukan!

Jika dikira secara kasar untuk keseluruhan episod untuk satu drama, pelakon boleh menerima bayaran setinggi RM16 juta (untuk 16 episod).

Wartawan itu juga ada mendedahkan bahawa, bayaran yang diterima pelakon wanita adalah lebih rendah berbanding pelakon lelaki.

Jun Ji Hyun 8

Menurut Jin Young, antara pelakon wanita yang mendapat bayaran tertinggi iaitu hampir 200 juta won (~RM690 ribu) untuk setiap episod adalah Jun Ji Hyun dan Song Hye Kyo.

Dengan informasi tersebut, peminat kini mengetahui bahawa pendapatan Song Hye Kyo adalah hampir RM 700 ribu untuk setiap episod drama bersiri ‘The Glory’ yang disiarkan secara eksklusif di Netflix.

Baca lagi: Song Hye Kyo Berkata Jika Dia Dilahirkan Semula, Dia Tidak Mahu Menjadi Dirinya Lagi

Baca lagi: Karina Buka Cerita Seram Mengenai Sebuah Lif Yang Pernah Dinaikinya Bersama Winter

18131010 monaco song hye kyo 1 cover 2000x1333

Apa yang menarik lagi, dijangkakan bahawa pelakon wanita itu berkemungkinan akan menerima bayaran yang lebih tinggi lagi untuk projeknya yang akan datang.