Home Kdrama/Kmovie ‘Tale of the Nine-Tailed’ Bakal Kembali Dengan Musim Ke-2

‘Tale of the Nine-Tailed’ Bakal Kembali Dengan Musim Ke-2

0

Drama ‘Tale of The Nine-Tailed’ akan kembali menemui penonton dengan musim ke-2 tahun depan!

Pada 27 September, beberapa sumber industri drama melaporkan bahawa tvN telah memutuskan untuk menghasilkan “Tale of the Nine-Tailed” musim kedua dan ketiga.

Drama musim pertama yang disiarkan pada bulan Oktober 2020 lalu adalah tentang kisah percintaan fantasi antara rubah berekor sembilan bertopengkan manusia yang menetap di bandar dengan seorang produser TV.

Walau bagaimanapun, protagonis wanita iaitu Jo Bo-ah, yang bekerja sebagai produser untuk program ‘In Search of Urban Ghost Tales’ dalam drama ini tidak dapat mengikuti musim kedua. Manakala Lee Dong-wook, Kim Beom, dan Joo-yeon masih bersama

Pasuk produksi mula melakukan uji bakat untuk watak heroin. Musim kedua, Gumiho akan menjelajah ke zaman penjajahan Jepun manakala musim ketiga pula menuju ke Dinasti Joseon, mengubah genre menjadi fantasi sejarah. Kedua-dua musim ini dijangka akan mempunyai 16 episod.

Sumber: [1], [2]