Home Entertainment “Tak Sesuai Disiarkan”, Ini Sebab Mengapa 2 Lagu Baharu BTS Diharamkan Untuk...

“Tak Sesuai Disiarkan”, Ini Sebab Mengapa 2 Lagu Baharu BTS Diharamkan Untuk Siaran

0

Menurut saluran telebisyen Times Now, stesen penyiaran Korea Selatan, KBS telah mengharamkan dua buah lagu BTS iaitu Run BTS dan Born Singer daripada album baharunya, Proof.

Lagu tersebut tidak dibenarkan untuk disiarkan atau dipersembahkan dalam mana-mana program muzik terbitan stesen tersebut. Ini kerana lirik lagu-lagu tersebut dikatakan mengandungi bahasa kesat, slanga, dan kutukan.

Sebuah lagi lagu berjudul For Youth yang masih dalam proses penghasilan juga dikatakan berkemungkinan menerima nasib sama.

Screenshot 2022 06 14 155405

Bagaimanapun, lagu utama album tersebut, Yet to Come disahkan memenuhi piawaian yang ditetapkan lembaga penapisan serta dibenarkan untuk disiarkan kepada orang awam.

Untuk pengetahuan, terdapat banyak lagu BTS yang diharamkan kerana tidak memenuhi standard penapisan yang ditetapkan untuk disiarkan termasuklah lagu Pied Piper, Go-Go, Ma City, Cipher Pt.3 dan Converse High.

Sumber: [1]