Home News Muatnaik Gambar Bersama, Gimik Apa Yang Sedang Dirancang Shuib Dan Zara Zya?

Muatnaik Gambar Bersama, Gimik Apa Yang Sedang Dirancang Shuib Dan Zara Zya?

0

Tindakan pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu memuat naik sekeping foto bersama pelakon Zara Zya di laman Instagram mencuri tumpuan orang ramai.

Seperti yang kita tahu, jarang sekali untuk Shuib memuatnaik gambar bersama wanita lain kecuali gambar bersama ahli keluarga dan anak-anak di media sosial.

Shuib telah membuat netizen berteka-teki dengan apa yang sedang berlaku. Shuib dilihat hanya memberi salam dan ‘tag’ nama pelakon Zara Zya di ruangan kapsyen gambar tersebut.

 “Assalamualaikum, nama dia Zara Zya,” tulis pelawak berusia 38 tahun itu ringkas.

Tidak hanya itu, Zara Zya juga turut berkongsi gambar bersama Shuib dan mengucapkan terima kasih kepada pelawak tersebut.

“Terima kasih untuk hari ini”

Baca lagi: “Tak Sesuai Disiarkan”, Ini Sebab Mengapa 2 Lagu Baharu BTS Diharamkan Untuk Siaran
Baca lagi: 6 Harta Mewah Dimiliki Oleh Aishwarya Rai

Berikutan itu, ramai pengikut memenuhi ruangan komen kedua-dua posting berkenaan yang berpendapat bahawa Shuib dan Zara kelihatan serasi antara satu sama lain.

Malah, segelintir individu mula berseloroh dengan ‘menjodohkan’ artis terbabit selain mendoakan kedua-duanya supaya dipermudahkan urusan.

 

Ada ‘something’ ke mereka berdua ni? Ataupun gimik semata-mata? Apa pendapat anda.

 

Sumber: Instagram Shuib & Zara Zya