Home News Tak Sangka Kasut Dari Syarikat Terkenal Mengandungi ‘Kulit Babi’, Sekali Pihaknya Beri...

Tak Sangka Kasut Dari Syarikat Terkenal Mengandungi ‘Kulit Babi’, Sekali Pihaknya Beri Respon Mengenai Isu Ini

0

Baru-baru ini tular mengenai kasut yang mengadungi kulit babi, New Balance Malaysia berhenti jual kasut tersebut.

New Balance Malaysia membuat keputusan untuk berhenti menjual salah satu kasutnya di Malaysia buat sementara waktu selepas mendapat pengesahan bahawa sebahagian kecil kasut itu mengandungi bahan kulit babi.

Perkara ini telah diketahui oleh warganet selepas pihak syarikat kasut dan pakaian sukan antarabangsa itu memberi satu kenyataan pada 10 Ogos yang lalu, mengatakan pihaknya telahpun menyiasat secara menyelurug bahan kasut bernombor model U990TA4 itu selepas menerima beberapa pertanyaan berhubung bahan yang digunakan.

Screenshot 2023 08 21 083517

Baca lagi: “Kasut Pun Kau Nak Rembat”-Rakaman Pencuri Kasut Tarik Perhatian Netizen

Baca lagi: Kucing Turut Terlibat Dalam Kemalangan Di Elmina, Ramai Yang Bersimpati Melihat Keadaan ‘Oyen’

Lihat juga video dibawah:

“Ketepatan dan ketelusan adalah penting kepada pasukan kami di New Balance dan kami memohon maaf kepada mana-mana pelanggan yang menerima maklumat tidak tepat daripada pasukan kami”

Pihak New Balance juga mengatakan bahawa mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kelemahan komunikasi ini dan komited untuk menyediakan ‘penyelesaian yang memuaskan’ untuk pelanggan yang terjejas.

Pihak mereka turut mengumumkan bahawa pelanggan yang telah membeli kasut bermodel U880TA4 daripada New Balance Malaysia, Crossover dan ATMOS KL, sama ada di kedai atau melalui laman web berhak mendapat pertukaran produk atau bayaran balik penuh di mana-mana kedai New Balance di Malaysia.

Lihat kenyataan syarikat tersebut:

Pertukaran produk atau bayaran balik penuh ini berkuat kuasa serta-merta dan sah sehingga 3 bulan. Tambahan pula, New Balance Malaysia telah menarik balik dan menghentikan penjualan model kasut itu dan memaklumkan rakan kongsi dan pengedarnya untuk melakukan perkara yang sama sehingga pelabelan dikemas kini.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang