Peminat tampil dengan beberapa bahan bukti yang Winter aespa & Jaehyun NCT tidak menjalinkan hubungan.

Dalam sebuah komuniti forum, artis di bawah naungan SM Entertainment ini dikatakan telah menjalinkan hubungan percintaan hanya kerana Winter dilihat memegang beg membeli belah daripada MoMA (Muzium Seni Moden) di lapangan terbang.

1665957914 pannapp 2022 10 16 20 39 13 1665957896 pannapp 2022 10 16 20 39 14 1665957923 d1cab40c 93f6 43cd 8327 7fffbc8be268

Dikatakan, beg itu turut dilihat dipegang oleh pengurus Jaehyun ketika ahli kumpulan NCT melakukan lawatan ke muzium tersebut sebelum konsert mereka di New York. Khabar angin yang bertiup kencang itu turut mendakwa bahawa Jaehyun telah memberi hadiah kepada Winter yang dibeli di MoMA ketika aespa menghadiri konsert NCT di New York pada 14 Oktober.

1665957896 pannapp 2022 10 16 20 39 11

1665958134 3d5493e3 6433 4f01 b066 c3feaf195385

Namun, peminat telah menepis dakwaan percintaan mereka, setelah melihat beg yang dipegang oleh Winter ketika ketibaan nya di LA pada 15 Oktober. Mereka mendakwa bahawa itu merupakan pemberiaan daripada peminat di LAX. Winter dikatakan tidak memegang beg tersebut selepas berlepas daripada New York, dan itu menepis dakwaan beg itu adalah hadiah daripada Jaehyun.

Hantaran tersebut membukti kan berita palsu boleh tersebar dalam sekelip mata kerana beberapa dakwaan daripada netizen.

Reaksi selepas maklumat didedahkan:

“Berapa ramai teman lelaki yang Winter ada dan berapa ramai teman wanita yang Jaehyun ada? Adakah ‘haters’ perlu mencipta sensasi di ruangan komuniti atas talian hanya kerana ingin memenuhi kehendak mereka?”

“Jaehyun telah dikaitkan dengan 30 orang ahli kumpulan wanita berdasarkan carian di portal dan Winter juga terlibat dengan beberapa gosip cinta. Tidak sangka, gosip ini bertebaran pantas hanya kerana satu komen di ruangan tersebut!”

“Bukan ke Winter dengan Heechul Super Junior?”

Apa korang rasa pasal isu ini?

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Bermula Dengan Jin Dahulu”- BTS Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Serentak, Bakal Kembali Pada Tahun 2025 

Previous articleSelepas 4 Tahun Hailey Bieber Akhirnya Berbaik Dengan Selena Gomez?
Next article3 Sebab Untuk Menonton “The Law Cafe ”