Home K - Pop “Bermula Dengan Jin Dahulu”- BTS Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Serentak, Bakal Kembali...

“Bermula Dengan Jin Dahulu”- BTS Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Serentak, Bakal Kembali Pada Tahun 2025

0

HYBE telah mengumumkan bahawa kumpulan BTS bakal menyertai latihan ketenteraan, bermula dengan Jin, ahli kumpulan yang paling tua.

221007 bts mb 1300 d504e3

Menurut BIG HIT MUSIC, Jin telah membatalkan permohonan penangguhan latihan ketenteraan dan bakal mengikuti jadual yang telah ditetapkan oleh Latihan Ketenteraan. Ahli kumpulan yang lain bakal mengikuti jejak langkah Jin menurut rancangan yang telah ditetapkan.

62d30fc0 81a2 4093 b5aa 182a94855233 386389bf

Sebelum itu, Jin yang lahir pada tahun 1992, telah meminta izin daripada Kementrian Budaya, Sukan & Pelancongan untuk menangguh latihan ketenteraan nya yang telah ditetapkan pada tahun 2020, dan penangguhan itu bakal berakhir hujung tahun ini.

Latihan Ketenteraan telah menetapkan, seseorang yang memiliki kebolehan dan skill dalam bidang seni dan sukan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementrian Budaya, Sukan & Pelancongan akan diberi penangguhan daripada menyertai latihan ketenteraan. Bagaimanapun, pengeculian itu tidak diberikan kepada seseorang yang menyertai ‘budaya popular’.

Jin yang nampak nya telah menangguh proses penyertaan ketenteraan sehingga berumur 30 tahun, dijangka untuk mempunyai stamina yang kuat sepanjang aktiviti tersebut berjalan.

Berikut merupakan kenyataan media daripada BIG HIT MUSIC:

1665991122 image

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Nama Dia Lee…”- Artis Lelaki Korea Di Bawah Agensi Terkemuka Ini Terlibat Dengan Skandal Dadah