Home K - Pop “Nama Dia Lee…” -Artis Lelaki Korea Di bawah Agensi Terkemuka Ini Terlibat...

“Nama Dia Lee…” -Artis Lelaki Korea Di bawah Agensi Terkemuka Ini Terlibat Dengan Skandal Dadah

0

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan artis Korea lelaki yang bernaung di bawah agensi terkemuka, telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Berita ini turut dibincangkan oleh komuniti secara atas talian.

Pada 15 Oktober yang lalu, khabar angin yang masih tidak sahih ini telah dibincangkan oleh komuniti atas talian. Hantaran itu berbunyi, “Tidak lama lagi, akan ada ahli kumpulan lelaki yang terlibat dengan skandal dadah.” dan turut menjelaskan, “Lee, seorang artis Korea di bawah naungan agensi terkemuka di telah ditaja oleh seseorang yang berpengaruh dalam dunia perniagaan. Lee turut menerima beberapa hadiah mewah, kereta dan wang tunai setelah setahun menjalinkan hubungan. Namun, setelah A mendapati bahawa Lee menjalin kan hubungan dengan aktor K, A telah merancang untuk mendedahkan kegiatan dadah yang dilakukan oleh Lee.”

1665974208 blackknight 20221015 211209 000 resize

Walaupun perkara ini tidak sahih lagi, namun rata-rata sudah risau akan perkara yang bakal melanda artis-artis yang bakal menjadi mangsa fitnah atas talian.

Hmm…apa nak jadi ya sekarang ni?

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: 5 Pasangan Selebriti Korea Yang Berkahwin & “Happily Every After”.