Home Entertainment Tak mampu bayar Depp, Amber Heard Buat Rayuan.

Tak mampu bayar Depp, Amber Heard Buat Rayuan.

0

1608834

Aktres, Amber Heard tidak mampu membayar bekas suami nya, Johnny Depp, selepas menanggung kerugian sebanyak 10 juta USD, jelas peguam beliau pada Khamis yang lalu selepas kalah dalam kes saman malu oleh Johnny Depp terhadap beliau. 

Kes berprofil tinggi itu telah berakhir pada Rabu lalu selepas 7 orang juri mengambil keputusan bahawa Depp dan Heard telah memalukan satu sama lain, namun keputusan lebih memihak kepada Depp.

Selepas 6 minggu perbicaraan, Depp telah memenangi kes tersebut di mana Heard harus membayar saman sebanyak 10.35 Juta USD kepada deep.

Peguam, Elaine Bredehoft berkata yang Heard tidak mampu membayar jumlah tersebut kepada Depp dan anak guam nya akan membuat rayuan kepada mahkamah terhadap keputusan tersebut.

Baca juga: https://www.daebaking.co/saya-kecewa-dengan-keputusan-mahkamah-yang-tak-membela-nasib-wanita-amber-heard-play-victim-depp-menang-kes/ 

Sumber:SouthChinaMorningPost