Bapa kepada penyanyi K-Pop terkenal, Taeyeon (SNSD) dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Lebih menyedihkan, kejadian duka itu berlaku hari ini (9 Mac) iaitu pada tarikh kelahiran Taeyeon.

Berita itu disahkan oleh syarikat pengurusannya, SM Entertainment sebentar tadi.

5 1

“Taeyeon kini sedang bersama keluarga untuk menguruskan upacara pengebumian mendiang bapanya.

“Upacara tersebut akan diadakan secara tertutup dengan ahli keluarga terdekat mereka sahaja” jelas wakilnya.

Dalam pada itu, SM Entertainment juga memaklumkan penangguhan pelancaran single terbaru Taeyeon berjudul Happy.

“Bapa Taeyeon telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Mac. Semoga mendiang pergi dengan tenang. Harap anda semua dapat memberikan ucapan semangat dan kata-kata takziah buat Taeyeon.

“Kami juga ingin memaklumkan pelancaran single terbaru Taeyeon berjudul Happy dan juga muzik video yang dijadualkan keluar pada hari ini ditangguhkan.

“Kami harap peminat memahami situasi yang dilalui Taeyeon sekarang. Kami akan memaklumkan hal berkaitan dengan pelancaran single itu di kemudian hari,” ujar wakilnya.
 
Terdahulu, 9 Mac merupakan hari kelahiran Taeyeon dan juga pelancaran single terbarunya, Happy.

Takziah diucapkan kepada Taeyeon sekeluarga.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Soompi via Gempak

Previous articleBlackpink Tunda Lancar Lagu Baharu Kerana Penularan Wabak Covid-19 Di Korea Selatan
Next articleDukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat Satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19