Home K - Pop Blackpink Tunda Lancar Lagu Baharu Kerana Penularan Wabak Covid-19 Di Korea Selatan

Blackpink Tunda Lancar Lagu Baharu Kerana Penularan Wabak Covid-19 Di Korea Selatan

0

VIRUS Covid-19 atau koronavirus yang sedang melanda negara Korea Selatan turut memberi kesan kepada industri hiburannya.

Kumpulan popular Blackpink terpaksa menunda pelancaran lagu baharunya yang dijadualkan pada Mac 2020.

blackpink leave yg

Sebelum ini, CEO YG Entertainment Yang Hyun Suk berjanji untuk melancarkan album pada pertengahan Mac 2020.

Bagaimanapun, difahamkan penundaan itu disebabkan saranan pelabur akibat penularan wabak coronavirus.

Untuk makluman, pada 26 Februari berlaku peningkatan jangkitan kepada penduduk Korea selatan pada setiap hari.

Sebelum ini, konsert dua selebriti Korea yang dijadualkan pada Mac dan April sudah disahkan batal.

Dah baca jangan lupa like,share dan komen. Terima kasih

Sumber: mStar