Home News Swap iPhone 14 Pro Max Dengan Kereta Wira, Tindakan Lelaki Ini Dapat...

Swap iPhone 14 Pro Max Dengan Kereta Wira, Tindakan Lelaki Ini Dapat Pujian Ramai

0

Memang tidak dinafikan, harga sebuah iPhone kini sudah menyamai dengan sebuah kereta terpakai di dalam pasaran. Siapa sangka seorang individu berjaya mendapatkan sebuah kereta Proton Wira dengan iPhone 14 Pro Max miliknya.

Menerusi kumpulan iPhone Malaysia Group, seorang ahli bernama Wak Atok berkongsi kisag menarik iaitu iPhone 14 Pro Max dengan storan 256GB miliknya berjaya bertukar kepada sebuah kereta Proton Wira dengan enjin 1,600cc.

Difahamkan beliau memaklumkan ‘swap’ ini bersama pemilik kereta itu atas dasar suka sama suka. Untuk harga pasaran semasa, iPhone 14 Pro Max dengan storan 256GB kini ditawarkan pada harga RM6,299 sementara Wira 1.6 pula sekitar RM4,000 dan ke atas.

Baca lagi: “Sebab Tu Jangan Bawa Laju”-Rakaman Wira Terbabas Selepas Langgar Lopak Air Tarik Perhatian Netizen

Baca lagi: Lelaki Ini Tunjuk Cara Betul Main ‘Claw Machine’, Memang Berkesan Ikut Cara Dia

Screenshot 2023 08 17 142217
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Beliau juga mendakwa sudah menukar nama di geran dan menjadi pemilik baharu. Dari gambar yang dikongsikan, kereta itu kelihatan dalam keadaan baik.

Hantaran itu telah menarik perhatian yang mana rata-ratanya bersetuju bahawa ini merupakan swap paling berbaloi yang mereka pernah dengar setakat ini. Selain itu, Wira 1.6 ini juga didakwa sedang hangat di pasaran dan harganya kian melonjak naik.

Screenshot 2023 08 17 140041

Oleh itu, netizen turut memberi pujian mengenai tindakan beliau melakukan ‘swap’ iPhone tersebut dengan kereta Wira itu. Ada juga yang mengatakan kereta Wira kini menjadi ‘trend’ pada zaman ini. Kisah ini juga telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang