Home Artis Korea Sung Dong Il Bintangi Drama Thriller-Misteri Terbaru: 4 Projek Wajib Tonton

Sung Dong Il Bintangi Drama Thriller-Misteri Terbaru: 4 Projek Wajib Tonton

0
Screenshot

Pelakon veteran Sung Dong Il kembali sebagai watak utama dalam 4 drama thriller-misteri Korea termasuk Bloody Flower.

Pelakon veteran Korea Selatan, Sung Dong Il, sekali lagi mencuri tumpuan peminat drama apabila diumumkan sebagai pelakon utama dalam beberapa drama bergenre thriller-misteri.

Kehadirannya dalam produksi ini bukan sekadar kameo atau watak sampingan – tetapi sebagai watak utama yang membawa konflik emosi, teka-teki jenayah dan aksi penuh ketegangan yang pasti menarik perhatian peminat K-Drama.

Sung Dong Il, yang telah berpuluh tahun beraksi di industri hiburan Korea, terkenal dengan kemampuan lakonan yang sangat versatil – daripada drama komedi, aksi, kepada kisah berat dan gelap. Kehadirannya dalam genre thriller-misteri ini sekali lagi membuktikan kepakarannya membawa watak-watak kompleks yang berlapis emosi.

Mari lihat sinopsis dan butiran lain drama-drama thriller misteri yang dibintanginya.

1. Gabdong: The Serial Killer

Sung Dong Il
Sung Dong Il dalam Drama Thriller

Drama Gabdong: The Serial Killer ialah sebuah thriller klasik berdasarkan kisah benar pembunuhan bersiri Hwaseong yang pernah menggoncang Korea Selatan. Dalam siri ini, Sung Dong Il memegang watak Inspektor Yang Chul Gon – seorang pegawai polis yang sering bertengkar dengan rakan detektif, Ha Moo Yeom. Konflik antara mereka menjadi nadi cerita ketika mereka cuba menyelesaikan misteri pembunuhan bersiri tersebut.

2. Trap

Sung dong il

Dalam drama berjudul Trap, Sung Dong Il membawa watak Ko Dong Kook, seorang detektif veteran yang menyiasat satu kes tragis yang mengubah hidup seorang wartawan terkenal, Kang Woo Hyun. Daripada kehidupan bahagia berubah menjadi teka-teki yang penuh teka-teki, dan ketegangan apabila satu kejadian mengejut berlaku semasa percutian keluarga.

Bloody Flower, Kisah Pembunuh Bersiri dengan Keupayaan Menyembuhkan Penyakit
3 Drama Thriller Korea Yang Menarik Perhatian Februari 2026

3. The Cursed

Sung dong il

The Cursed ialah gabungan genre thriller, misteri dan elemen mistik yang unik. Dalam siri ini, Sung Dong Il membawakan salah satu watak utama dalam sebuah kisah di mana kuasa ghaib, perniagaan teknologi besar dan rahsia gelap bergerak serentak untuk menguji keyakinan para watak. Drama ini bukan sekadar kes pembunuhan – tetapi juga mempunyai lapisan spiritual yang membuat penonton terus terpaku.

4. Bloody Flower (2026)

Sung dong il

Drama Bloody Flower menjadi tajuk paling hangat kini — sebuah siri thriller jenayah yang mula ditayangkan pada 4 Februari 2026 di Viu. Sung Dong Il memegang watak Park Han Joon, seorang peguam berpendirian kuat tetapi terjebak dalam dilema moral ketika cuba membantu seorang pembunuh bersiri, Lee Woo Gyeom, yang mengaku memiliki kemampuan perubatan luar biasa yang mampu menyembuhkan penyakit yang selama ini dianggap mustahil. Konfrontasi antara nilai kemanusiaan dan keadilan menjadikan drama ini sangat menarik untuk ditonton.

Siri Bloody Flower bukan sahaja mengetengahkan kes jenayah brutal tetapi juga konflik moral antara kepercayaan, undang-undang, dan etika yang memaksa watak-wataknya membuat pilihan sukar yang mengusik hati penonton.

Mengapa Sung Dong Il Sentiasa Menjadi Perhatian?

IMG 9131

Sung Dong Il telah lama mencipta nama dalam industri hiburan Korea sebagai pelakon serba boleh. Daripada peranan komedi kepada watak beremosi dan intens, beliau sering menjadi tulang belakang bagi kebanyakan produksi dramatik di Korea. Keupayaannya membawa kepelbagain watak membuat beliau terus relevan dan dihormati dalam genre thriller serta misteri.