Home Artis Korea Squid Game 2 – Park Gyu Young Dipilih Membawa Watak Utama

Squid Game 2 – Park Gyu Young Dipilih Membawa Watak Utama

0

Squid Game 2 bakal dibintangi 2 pelakon wanita, Park Gyu Young akan memainkan watak utama wanita dalam ‘Squid Game 2’!

Memetik dari sumber allkpop dan news.nate.com, pelakon wanita popular yang bakal muncul dalam drama siri Netflix ”Celebrity” 30 Jun ini, Park Gyu Young  dilaporkan telah dipilih menerajui watak utama wanita dalam ‘Squid Game 2‘.
IMG 3009

Pada 23 Jun, laporan mendedahkan Park Gyu Young memainkan watak utama wanita dalam musim kedua siri asal Netflix yang sangat popular ‘Squid Game’. Dia akan berlakon disamping Lee Jung Jae yang akan mengulangi peranannya sebagai Gi-hun, Lee Byung Hun kembali sebagai Front Man, Wi Ha-jun akan diihat semula sebagai watak detektif polis Jun-ho dan Gong Yoo akan kembali juga sebagai jurujual.

IMG 3014

Pemain baharu yang menyertai permainan ini ialah Yim Si-wan (Unlocked), Kang Ha-Neul (Midnight Runners), Park Sung-hoon (The Glory ) dan Yang Dong-geun (Yaksha: Ruthless Operations). Dalam berita lain, Jo Yu Ri juga dilaporkan akan berlakon dalam ‘Squid Game 2’.

IMG 3013

Jumlah kos pengeluaran ‘Squid Game’ musim 2 diketahui melebihi 100 bilion Won ($76,336,510 USD), penggambaran akan bermula pada musim panas ini. ‘Squid Game 2’ dijangka ditayangkan pada awal tahun 2024.

Squid game 2

Squid Gamemula ditayangkan di Netflix pada 17 September 2021, dan menjadi fenomena global. Siri ini mencatatkan lebih 1.65 bilion jam tontonan dalam 28 hari, dan mencapai 111 juta akaun, menjadi siri pertama Netflix yang melepasi 100 juta ahli semasa pelancaran dan kekal sebagai siri yang paling banyak ditonton di Netflix.

Semasa Tudum, Netflix turut menyajikan pratonton “Squid Game: The Challenge”, rancangan pertandingan yang diilhamkan oleh siri ini. Pertandingan itu akan menampilkan 456 pemain bersaing untuk hadiah wang tunai $4.56M, hadiah terbesar untuk siri realiti.

Siri sepuluh bahagian itu akan menyaksikan peserta bersaing dalam satu siri permainan yang diilhamkan oleh rancangan itu serta beberapa permainan baharu dan strategi, pakatan dan watak mereka akan diuji sementara pesaing disingkirkan di sekeliling mereka.

Baca lagi: Squid Game Musim 2 – Wi Ha Jun Kembali Sebagai Detektif Jun Ho