Home Kdrama/Kmovie Spring Fever: Drama Korea Romantik Terbaharu 2026 Raih Rating Tinggi Sejak Episod...

Spring Fever: Drama Korea Romantik Terbaharu 2026 Raih Rating Tinggi Sejak Episod Pertama

0

Drama Korea Spring Fever mula ditayangkan Januari 2026 dengan rating 4.8%. Dibintangi Ahn Bo Hyun dan Lee Joo Bin, kisah cinta desa penuh komedi dan emosi ini wajib ditonton.

Peminat drama Korea disajikan dengan naskhah komedi romantik baharu yang ringan tetapi menyentuh hati pada awal tahun 2026. Spring Fever, yang mula ditayangkan pada Januari 2026, berjaya mencuri perhatian penonton seawal episod pertama.

Drama ini diadaptasi daripada novel web popular karya Baek Min Ah dan terus mencatat kejayaan apabila meraih rating kebangsaan sekitar 4.8% menurut Nielsan Korea. Pencapaian ini meletakkan Spring Fever di tempat pertama dalam slot siarannya.

Fakta Menarik Drama Korea Spring Fever

  • Tajuk: Spring Fever
  • Genre: Komedi romantik, slice of life
  • Episod: 12 episod
  • Hari Siaran: Isnin & Selasa
  • Masa: 8:00 malam (KST)
  • Saluran: tvN
  • Platform penstriman: Prime Video

Barisan Pelakon Utama Spring Fever

Spring Fever: Drama Korea Romantik Terbaharu 2026 Raih Rating Tinggi Sejak Episod Pertama

  • Ahn Bo Hyun
  • Lee Joo Bin
  • Cho Jun Young
  • Lee Jae In
  • Cha Seo Won

Ahn Bo Hyun memegang watak seorang pemuda kampung berpenampilan garang. Demi menjayakan peranan ini, beliau mendedahkan terpaksa menambah berat badan sebanyak 4–5 kg dalam masa singkat, selain menggunakan dialek Busan dalam dialognya. Menurut Ahn Bo Hyun, drama ini memberi peluang untuk menonjolkan sisi dirinya yang jarang dipertontonkan sebelum ini.

Yoon Bom ialah seorang guru sekolah menengah yang menarik perhatian dan rasa ingin tahu penduduk kampung. Dahulunya seorang guru yang disayangi dan popular di Seoul, dia berpindah ke sebuah sekolah luar bandar selepas menutup hatinya atas sebab peribadi.

Cha Seo Won memegang watak Choi Yi Jun, seorang peguam elit yang tampan dan kelihatan seolah-olah keluar terus dari dunia komik. Dia memiliki daya tarikan yang berbeza sama sekali daripada Jae Kyu, namun kehidupannya menjadi kucar-kacir apabila dia bertemu semula dengan Jae Kyu, individu dari masa lalunya. Atas sebab tertentu, dia juga terjerat dalam hubungan dengan Yoon Bom, sekali gus mencetuskan cinta tiga segi yang dijangka menambah elemen keterujaan baharu dalam jalan cerita.

Cho Jun Young pula membawakan watak Seon Han Gyeol, pelajar nombor satu di Sekolah Tinggi Sinsu dan satu-satunya anak saudara Jae Kyu. Seorang pelajar serba boleh dengan tenaga yang ceria, Han Gyeol membina hubungan guru–pelajar yang istimewa dengan Yoon Bom sebaik sahaja dia tiba di kawasan luar bandar. Keserasian hubungan bapa saudara dan anak saudara antara dirinya dan Ahn Bo Hyun menjadi salah satu tarikan utama drama ini.

Lee Jae In melakonkan watak Choi Se Jin, pelajar yang sering berada di tempat kedua di Sekolah Tinggi Sinsu dan satu-satunya “anti-peminat” Han Gyeol. Ditekan oleh keluarganya yang terdiri daripada graduan universiti berprestij, Se Jin berpindah ke sebuah sekolah luar bandar dengan harapan dapat meningkatkan prestasi akademiknya. Namun, sangkaannya meleset apabila dia berdepan dengan pesaing yang hampir mustahil dikalahkan, iaitu Han Gyeol.

Sinopsis Drama Korea Spring Fever

Spring Fever: Drama Korea Romantik Terbaharu 2026 Raih Rating Tinggi Sejak Epis

Yoon Bom (Lee Joo Bin) ialah seorang guru popular di Seoul yang memilih untuk meninggalkan kehidupan bandar selepas mengalami trauma emosi yang mendalam. Demi memulakan hidup baharu, dia berpindah ke sebuah pekan kecil bernama Shinsoo dan bekerja sebagai guru pertukaran di Sekolah Menengah Shinsoo.

Di persekitaran baharu itu, Yoon Bom digambarkan sebagai seorang yang dingin, pendiam dan suka menyendiri. Namun segalanya berubah selepas dia bertemu dengan Seon Jae Gyu.

Ahn Bo Hyun Bakal Muncul dalam 3 Kdrama Baru, Flex X Cop 2 Paling Dinantikan
Review Shine On Me (2025): Drama China Romantik Popular di iQIYI

Siapakah Seon Jae Gyu?

Spring Fever: Drama Korea Romantik Terbaharu 2026 Raih Rating Tinggi Sejak Episod Pertama

Seon Jae Gyu (Ahn Bo Hyun) ialah lelaki yang sering mencetuskan kekecohan di Kampung Shinsoo. Dengan tubuh besar, wajah garang dan gaya yang menakutkan, dia sering disalah anggap sebagai samseng.

Hakikatnya, Jae Gyu ialah CEO JK Power Energy serta seorang lelaki berhati lembut, setia dan sangat prihatin terhadap orang sekeliling. Dia juga merupakan bapa saudara kepada Seon Han Gyeol, salah seorang pelajar cemerlang di sekolah tempat Yoon Bom mengajar.

Pertemuan antara guru bandar yang dingin dan CEO kampung yang hangat menjadi asas kepada kisah cinta yang manis, lucu dan perlahan-lahan berkembang.

Konflik Remaja Tambah Warna Cerita

Spring Fever: Drama Korea Romantik Terbaharu 2026 Raih Rating Tinggi Sejak Episod Pertama

Selain kisah cinta utama, Spring Fever turut mengetengahkan jalan cerita generasi muda menerusi watak Seon Han Gyeol (Cho Jun Young), pelajar nombor satu di Sekolah Tinggi Shinsoo.

Konflik tercetus apabila Han Gyeol berdepan dengan pesaing akademiknya, Choi Se Jin (Lee Jae In), yang tidak tahan sentiasa berada di tempat kedua. Elemen ini menambahkan variasi emosi dan dinamika dalam penceritaan drama.

Pengarah & Lokasi Penggambaran

Spring Fever: Drama Korea Romantik Terbaharu 2026 Raih Rating Tinggi Sejak Episod Pertama

Drama ini diarahkan oleh Park Won Gook, pengarah di sebalik drama hit Marry My Husband. Penggambaran Spring Fever dijalankan di Pohang, sebuah bandar pesisir pantai yang turut pernah menjadi lokasi penggambaran Hometown Cha Cha Cha. Keindahan suasana desa ini memberikan visual yang tenang dan menyokong mood romantik drama.

Kenapa Spring Fever Harus Ditonton?

Spring Fever: Drama Korea Romantik Terbaharu 2026 Raih Rating Tinggi Sejak Episod Pertama

  • Kisah cinta ringan tetapi emosional
  • Gandingan Ahn Bo Hyun & Lee Joo Bin yang segar
  • Latar desa yang menenangkan
  • Komedi bersahaja, sesuai untuk tontonan santai
  • Episod pendek (12 episod), tidak draggy

Bagi penonton yang mencari drama Korea romantik dengan jalan cerita sederhana, penuh kehangatan dan mudah diikuti, Spring Fever ialah pilihan yang tepat untuk awal tahun 2026.