Home Kdrama/Kmovie Song Hye Kyo Mahu Menjadi Bestie Son Ye Jin Kerana Satu Sebab...

Song Hye Kyo Mahu Menjadi Bestie Son Ye Jin Kerana Satu Sebab Ini, Namun Gagal!

0

Song Hye Kyo berkongsi sebab mengapa dia mahu berkawan dengan Son Ye Jin.

Dengan bakat, visual dan personalitinya yang menawan, Son Ye Jin telah dianggap sebagai seorang  yang ideal untuk pelakon baru dan yang berpengalaman. Malah, Song Hye Kyo yang popular juga pernah menyatakan minatnya itu kepada isteri Hyun Bin, dan berharap mereka dapat bekerjasama dalam satu projek.

Pada tahun 2017, Song Hye Kyo telah berkongsi di dalam sebuah temu bual bersama majalah W bahawa dia masih tidak mendapat sebarang peluang untuk membintangi sebarang projek bersama pelakon yang sama umur dengannya.

song hye kyo michaa 12042022 5

Song Hye Kyo juga menambah bahawa Son Ye Jin adalah orang yang paling dia ingin temui, menjelaskan bahawa dia sentiasa mengagumi Ye Jin kerana dedikasinya dalam bidang lakonan.

Song Hye Kyo sangat mengimpikan untuk berkongsi set penggambaran yang sama bersama dengan Son Ye Jin.

Mendengar jawapan ini, ramai netizen pada masa itu memuji Hye Kyo kerana pemikirannya yang mementingkan kerjaya serta rasa hormatnya terhadap bintang lain.

Son Ye Jin Song Hye Kyo 091121 12

Malah ada yang berharap Hye Kyo dan Ye Jin boleh berkawan, atau sekurang-kurangnya menyertai projek yang sama. Bagi mereka, dapat melihat 2 dewi visual dalam satu projek yang sama adalah sangat menakjubkan.

Walau bagaimanapun, ramai percaya bahawa Song Hye Kyo sudah tidak mempunyai sebarang peluang untuk berlakon dengan Son Ye Jin. Ini kerana, sudah 5 tahun sejak temuduga itu berlalu, namun masih tiada sebarang kerjasama antara mereka.

Baca lagi: Jung Yi Rang Dapat Gelaran “Pelakon Korea Paling Hodoh”, Tetapi Di Dunia Sebenar, Visualnya Sangat Memeranjatkan.

Baca lagi:  “Umur Bukanlah Satu Isu”, Ini Sebab Mengapa “Running Man” Menghentikan Permainan “Menarik Tanda Nama Di Baju”