Home News “Dua Episod Pertama Je Dah Bermasalah, Patutlah Rating Rendah”, Drama Terbaru Lee...

“Dua Episod Pertama Je Dah Bermasalah, Patutlah Rating Rendah”, Drama Terbaru Lee Sung Kyung Dan Kim Young Dae Teruk Dikecam

0

Drama baharu Lee Sung Kyung dan Kim Young Dae “Sh**ting Stars” mendapat kecaman kerana bersikap perkauman dan mempermainkan gangguan seksual sebagai bahan jenaka

Dengan hanya 2 episod “Sh**ting Stars”, ia sudah berdepan dengan kritikan hebat daripada netizen seluruh dunia.

shooting stars kim young dae and lee sung kyung 2

Drama Jumaat-Sabtu baharu tvN “Sh**ting Stars”, yang dibintangi oleh Lee Sung Kyung dan Kim Young Dae, bermula dengan agak teruk.

Ia bukan sahaja merekodkan penilaian penonton yang rendah di dalam negara iaitu di bawah 2% untuk kedua-dua episod pertama, “Sh**ting Stars” juga telah disebut sebagai drama bermasalah oleh penonton antarabangsa.

Khususnya, di dalam episod 1 di mana pelakon utama lelaki Gong Tae Sung mempunyai misi ke Afrika, dan drama itu telah menggambarkan satu ‘streotype’ di mana di Afrika, mereka tidak mempunyai air yang bersih.

shooting stars 26042022 2

Ditambah pula dengan penggunaan lagu daripada Lion King juga telah membuatkan ramai penonton berasa tersinggung dan terkesan. Sekaligus, telah membuatkan netizen mengecam “Sh**ting Stars” kerana gambaran ‘racist’ mereka terhadap Afrika.

Tidak hanya itu, mereka menerima satu lagi komen yang negatif di episod kedua “Sh**ting Stars” gara- gara babak gangguan seksual terhadap pelakon utama wanita Han Byul (Lee Sung Kyung).

Khususnya, apabila Gong Tae Sung mendapati bahawa Han Byul melakukan kesilapan menulis dan menerbitkan artikel yang salah tentang “jantinanya”.

shooting stars 26042022 3

Gong Tae Sung menjadi sangat marah sehingga dia memasuki tandas wanita dan hampir menanggalkan seluarnya di hadapan Han Byul untuk membuktikan jantinanya.

Komen netizen di Twitter:

Cara mereka menggambarkan Afrika adalah tidak masuk akal dan sangat ‘racist’.

Kedua-dua episod bermasalah. Apa masalah penulis?

Tak pasal-pasal drama ni flop.

Gangguan seksual ni tak lawak dan tidak boleh dibuat sebagai gurauan.

shooting stars 22042022 2

Selain itu, ramai penonton mendakwa “Sh**ting Stars” memperoleh rating yang rendah juga kerana Kim Young Dae dan Lee Sung Kyung sendiri tidak boleh ‘lead’ drama mereka sendiri. Terutamanya Kim Young Dae, yang lakonannya telah mendapat kontroversi sejak drama “Penthouse” lagi.

 

Sumber: [1]