Home Entertainment Son Ye Jin Secara Tidak Sengaja Membocorkan ‘Hint’ Tentang Perkahwinan Dia dan...

Son Ye Jin Secara Tidak Sengaja Membocorkan ‘Hint’ Tentang Perkahwinan Dia dan Hyun Bin?

0

Sejak Dispatch mendedahkan hubungan mereka iaitu pada 1 Jan 2021, pasangan Hyun Bin dan Son Ye Jin sentiasa mendapat gossip sedang membuat persiapan untuk berkahwin.

foto cover potret hyun bin dan 20210311013047

Namun, 2021 sudah pun melabuhkan tirai namun tiada khabar gembira daripada pasangan tersebut.

Bagaimanapun, semalam (7 februari), khabar angin perkahwinan itu muncul semula selepas Son Ye Jin mengikuti seorang jurugambar perkahwinan di akaun Instagram miliknya.

Hyun Bin Son Ye Jin wedding 060222

Walaupun tidak lama kemudian dia ‘unfollowed’ jurugambar tersebut, peminat masih sempat ‘screenshot’ detik itu.

Ramai yang mengatakan bahawa mungkin Son Ye Jin dan Hyun Bin sedang merancang album perkahwinan mereka, sebab itu secara tidak sengaja dia mengikuti jurugambar itu.

unnamed 7

“Kita mungkin akan dengan khabar tentang perkahwinan mereka tidak lama lagi”, kata peminat.

Bukan itu sahaja, pada Januari lalu, seorang netizen yang tidak dikenali turut mendakwa telah bertemu Son Ye Jin secara kebetulan di sebuah kafe di Achiwool, Guri.

Artikel berkaitan: Sebelum Bekerjasama Dalam ‘CLOY’, Hyun Bin Sudah Tertarik Dengan Son Ye Jin

Hyun Bin Son Ye Jin wedding 0602221

Di tempat itulah terletaknya penthouse ratus bilion Hyun Bin, yang dikhabarkan sebagai rumah pengantin baru.

Maklumat ini membuatkan netizen semakin teruja terutama bagi mereka yang menantikan majlis perkahwinan pasangan ini.

aa05e663d27048b7844000b60c7526b6

Adakah hari perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin semakin hampir?

Sumber: Kbizoom