Home K - Pop Son Sukku Bakal Tampil Dalam Filem Manipulasi Pilihan Raya, ‘Troll Farm’

Son Sukku Bakal Tampil Dalam Filem Manipulasi Pilihan Raya, ‘Troll Farm’

0

Kejayaan Son Suk-ku dalam ‘My Liberation Notes’ membuatkan beliau menjadi rebutan pengarah kmovie dan kdrama.

son sukku 696x522 1

Pada 29 Julai, News 1 telah memberitahu bahawa Son Suk-ku mendapat tawaran untuk memegang watak utama dalam ‘Toll Farm’, filem yang diadaptasi dari novel yang juga berjudul yang sama. Agensi pelakon itu telah memberi respon,

son suk ku 696x522 1

‘Son Suk-ku mendapat tawaran untuk beberapa projek dan ‘Troll Farm’ adalah salah satu daripadanya. Dia sedang melihat balik tawaran tersebut.’

‘Troll Farm’ mengisahkan tentang mereka yang terlibat dalam skandal manipulasi pilihan raya yang haram sebagai motif. Ia berkisar tentang ladang troll yang menyusup ke banyak laman web internet untuk mempengaruhi pendapat umum dan menyebar kan komen berniat jahat.

Son Suk-ku juga bakal membintangi drama, ‘Casino’ yang akan ditayangkan di Disney Hotstar bersama Choi Min-sik, Lee Dong-hwi dan ramai lagi.

Makin glamour Son Suk-ku!

Sumber: KimchiDaily 

Baca artikel terdahulu: 5 Kdrama Yang Wajib Ditonton!