Home Entertainment 5 KDrama Yang Wajib Ditonton!!!

5 KDrama Yang Wajib Ditonton!!!

0

Bagi peminat Kdrama, anda wajib membaca artikel ini memandangkan min akan cerita lebih detail pasal kdrama yang bakal menemui anda semua!

Pertama sekali ialah, Doctor Lawyer menceritakan tentang seorang pakar bedah genius yang telah menjadi peguam penyelewengan selepas hilang segalanya akibat satu pembedahan ni. Ia juga menceritakan bagaimana kepentingan seseorang itu boleh dinilai berdasarkan kekayaan dan kuasa mereka. Drama ini dilakonkan oleh So Ji Sub. Drama ini mempunyai 16 episod dan ditayangkan selama 60 minit.

DOCTOR1

Kedua ialah, Sh**ting Star yang menceritakan tentang mereka yang bekerja secara belakang tadbir dalam industri hiburan- khusus buat mereka yang bekerja sebagai perhubungan awam dan mereka yang bekerja secara langsung dengan selebriti. Dibintangi oleh pelakon dari drama Dr. Romantic 2, Lee Sung-Kyung sebagai Oh Han-Byul yang merupakan ketua pasukan PR yang mempunyai hubungan love-hate relationship dengang Gong Tae-sung (Kim Young-dae).

SH TI1

Seterusnya, Eve yang merupakan drama percintaan menceritakan tentang tuntutan cerai yang berjumlah 2 trilion (kira-kira $1.7Billion) seorang ‘chaebol’ yang telah menggemparkan seluruh negara. Seo Ye Ji telah memainkan watak sebagai Lee Ra El. Selepas menempuh hubungan keluarga yang malang, dia telah berubah menjadi wanita yang digelar sebagai “bunga berbahaya”.

EVESSC1

The Sound of Magic pula merupakan Kdrama psikologi yang ditulis oleh Kim Min Jeong, merupakan adaptasi daripada webtoon. Ditinggalkan ibu bapa kerana hutang, Yoon Ah Ji menyara diri dia dan juga adik perempuan. Dia merupakan pelajar terbaik sekolah, dan mengharapkan untuk menjadi orang dewasa dengan cepat supaya mendapat pekerjaan yang baik.

THESOU1

Drama Link: Eat,Love,Kill merupakan drama misteri fantasi di mana lelaki dan perempuan berkongsi emosi yang sama. Eun Gye Hoon merupakan chef di restoran tempat kakak kembar nya hilang 20 tahun yang lalu. Noh Da Hyun pula pelajar dan sedang mencari pekerjaan.

LINK E1

Sebelum layan Kdrama, pastikan anda selesai dahulu kerja kalau tak memang payah la! heheh

Sumber: FavaGoodTime