Home Entertainment “Laku Keras!!!”, Tiket Filem “Touching The Void” Lakonan Kim Seon Ho, Habis...

“Laku Keras!!!”, Tiket Filem “Touching The Void” Lakonan Kim Seon Ho, Habis Dijual

0

Tiket teater lakonan Kim Seon Ho, Touching The Void, teater kemunculannya kembali selepas terlibat dengan skandal habis dijual!

dummy

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Kim Seon Ho akan kembali semula melakonkan teater, ‘Touching The Void’ di Daehak-ro Art One Theather. Persembahan pertama Kim Seon Ho dijadualkan pada 9 Julai dan semua tiket persembahan nya telah habis dijual sehingga 15 Ogos.

1656898804 thumbnail 1

Sementara itu, teater ‘Touching The Void‘ merupakan teater yang diadaptasikan daripada kisah benar mengenai dua orang pemanjat yang memulakan perjalanan yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini. Cerita itu diadaptasikan daripada Joe Simpson dan Simon Yates yang telah berjaya memanjat “West Face of Siula Grande” di Peruvian Andes pada tahun 1985.

Kim Seon Ho turut berlakon bersama Shin Sung Min & Lee Hwi Jong sebagai Joe Simpson.

‘Touching The Void’ dijadualkan berlangsung bermula 8 Julai sehingan 18 September.

Sumber: AllKpop 

Baca artikel terdahulu: ‘G-Dragon Tengah Berbunga Tu’-Netizen