Home Kdrama/Kmovie Siapakah Berjaya Melepasi Maut Dalam ‘Squid Game’?

Siapakah Berjaya Melepasi Maut Dalam ‘Squid Game’?

0

“Squid Game,” merupakan sebuah siri drama berkisar sebuah permainan survival misteri yang akan ditayangkan di Netflix pada 17 September 2021.

Drama ini diilhamkan daripada sebuah permainan kanak-kanak, di mana pemain melukis bentuk geometri yang berbeza di tanah dan bermain sehingga akhirnya ada satu pemenang sahaja.

Netflix mengesahkan tarikh tayangan drama berasal dari Korea itu pada hari Rabu dan akan tersedia di 190 buah negara pada tarikh tersebut.

Diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk, (“The Fortress”, “Miss Granny” dan “Silently,”) siri TV ini memaparkan kisah 456 orang susah yang berjuang hingga mati dalam permainan misteri di mana pada akhirnya nanti cuma seorang sahaja yang terselamat. Orang yang berjaya hidup bakal memenangi hadiah wang bernilai 45.6 bilion won ($ 39.4 juta).

‘Squid Game’ dibintangi oleh Lee Jung-jae (“The Thieves” dan “Assassination“) yang memainkan Gi-hun, seorang lelaki putus asa yang masuk permainan tersebut setelah dipecat.

Manakala Park Hae-soo, yang mencipta nama dalam drama tvN, “Prison Playbook,” dan filem Netflix, “Time to Hunt” (2020), pula muncul sebagai kawan masa kecil Gi-hun Sang-woo, yang turut menyertai permainan itu kerana dia tak nampak masa depan di tempat kerjanya.

Sumber: Korea Times