Home Disney+ Siapakah Bang Ki Soo? Watak Pembuli dalam Moving

Siapakah Bang Ki Soo? Watak Pembuli dalam Moving

0

Bang Ki Soo merupakan salah satu watak pembantu dalam drama Korea Moving (2023).

Watak ini diceritakan sebagai seorang kaki buli yang selalui mempunyai perselisihan faham dan masalah dengan Lee Gang Hoon.

Selepas episod 14 dan 15 tayang, ramai penonton mencipta teori bahawa Bang Ki Soo adalah Sung Woo. Jom kita lihat siapakah Bang Ki Soo dan apakah kemungkinan kuasa yang dimilikinya!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Pembuli di Sekolah Menengah Jeongwon yang merancang untuk mengambil jurusan sukan

cf466ec5 4ad8 4f81 b029 0ff6bc93b68fBang Ki-soo (Shin Jae Hwi) adalah seorang kaki buli di kelas 12-3 Sekolah Menengah Jeongwon. Dia diceritakan sebagai pelajar pertukaran dan memang terkenal nakal. Seperti Jang Hui Soo (Go Yoon Jung), dia juga membuat persiapan untuk mengambil jurusan sukan. Namun, kerana cedera di bagian pergelangan kaki, Bang Ki-soo tidak dapat melanjutkan impiannya tersebut.
Sifatnya sebagai pembuli semakin menjadi-jadi selepas kecederaannya. Lebih-lebih jika berhadapan dengan Lee Gang Hoon (Kim Do Hoon) dan Jang Hui Soo, murid kesayangan Choi Il Hwan (Kim Hee Won).

 

2. Bang Ki Soo sudah lama curiga dengan Cikgu Yoon

846403cc 4880 43c9 be37 f8885b745b2aTidak kiralah Bang Ki-soo mempunyai kuasa atau tidak, dia nampaknya sudah menaruh perasaan curiga terhadap kuasa yang dimiliki oleh Lee Gang Hoon dan juga Jang Hui Soo. Selepas kemalangan Jang Hui Soo, dia semakin yakin bahawa kecederaannya dahulu telah disengajakan oleh guru sukannya iaitu Yoon Sung Wook (Jun Suk Ho).

Sewaktu dia cedera dahulu, Cikgu Yoon hanya memerhatikannya tanpa melakukan apa-apa tindakan sehingga dia terlambat mendapat rawatan. Cikgu Yoon malah menuduhnya berlatih secara berlebihan. Di episod 15, Bang Ki-soo mengingatkan Jang Hui Soo untuk tidak mempercayai sesiapa pun.

 

3. Di episod 15, Bang Ki Soo masih ada di sekolah sewaktu semua pelajar sudah pulang

f68dbafb f83d 46ee a1df 6e715a833d5c

Akibat kemalangan yang menimpa Hui Soo, semua pelajar Sekolah Menengah Jeongwon pulang ke rumah lebih awal, tapi Bang Ki Soo bersembunyi di tandas sekolah hingga waktu malam. Entah apa yang dilakukannya masih belum dapat dipastikan, tapi dia masih ada di sana ketika ibu Kim Bong Seok dan ayah Jang Hui Soo hadir ke sekolah.

Bukan hanya itu, beberapa orang ejen super Korea Utara juga kelihatan berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Melihatkan keadaan ini, para peminat merasakan bahawa Bang Ki-soo akan terlibat dalam adegan penting selepas ini. Jika melihat teaser episod yang akan datang, akan ada sebuah pertempuran hebat di sekolah. Apakah yang akan terjadi kepada Bang Ki Soo?

 

4. Watak Bang Ki Soo tidak ada dalam versi webtoon

5277a9f7 cb84 4e4a 873f 2d83b712fab7Sebenarnya, watak Bang Ki-soo tidak ada dalam versi webtoon yang dilancarkan pada tahun 2015. Watak Bang Ki-soo diwujudkan dalam drama untuk menyempurnakan jalan cerita Lee Gang Hoon.

Dalam versi webtoon, latar belakang Lee Gang Hoon memang tidak dijelaskan secara terperinci seperti dalam versi drama. Selain Bang Ki-soo, watak Sung Woo, anak kecil pemilik kedai yang dekat dengan ibu Lee Gang Hoon pada masa lalu juga tidak ada dalam versi webtoon.

 

5. Teori peminat tentang Bang Ki Soo mungkin adalah Sung Woo

04598df1 5fb6 4814 83c5 654cd5ac7546 1Kerana mendapat sorotan yang begitu banyak, para peminat mengesyaki bahawa watak Bang Ki-soo dan Sung Woo bukan sekadar watak sampingan sahaja. Para penonton yakin bahawa watak-watak ini mempunyai peranan yang cukup penting untuk cerita Moving.

Kerana begitu misteri dan mempunyai kisah yang rapat dengan Lee Gang Hoon, teori tentang Bang Ki-soo dan Sung Woo adalah orang yang sama turut tersebar. Sung Woo semasa kecil juga dijangka turut mempunyai kuasa yang berkaitan dengan air atau mungkin dia boleh berbicara dengan haiwan, seperti yang ditampilkan pada episod 14.

Namun teori ini tentu sahaja belum dapat disahkan. Ramai juga yang masih bertanya-tanya, jika mereka adalah orang yang sama, mengapa Sung Woo menggantikan namanya menjadi Bang Ki Soo? Kita tunggu sahaja episod yang akan datang ya!

6. Bang Ki Soo dilakonkan oleh Shin Jae Hwi

Bang ki sooMencuri perhatian, watak Bang Ki Soo dilakonkan oleh pelakon muda bernama Shin Jae Hwi. Dipetik dari Asianwiki, Shin Jae-hwi melakukan debut lakonannya melalui drama Class of Lies (2019) sebagai Soon Joon Jae. Dia kemudian debut filem melalui More than Family (2020).

Beberapa buah drama popular yang pernah dibintanginya adalah True Beauty (2020), All of Us Are Dead (2022), Juvenile Justice (2022), dan juga Bargain (2022). Pada tahun 2023, dia juga pernah menjadi cameo dalam Duty After School episod pertama.

Teori para peminat dan penonton tentang Bang Ki Soo dan Sung Woo masih belum boleh dipastikan. Anda rasa, adakah benar Bang Ki Soo juga mempunyai kuasa super?

Baca lagi: Moving: 4 Persoalan Membuatkan Penonton Keliru Menjelang Episod Akhir
Baca juga: Moving: 5 Detik Mencemaskan Dijangka Terjadi Pada Ending