Home Artis Korea Shin Ye Eun Dijangka Bakal Menggantikan Jeon So Min dalam Running Man

Shin Ye Eun Dijangka Bakal Menggantikan Jeon So Min dalam Running Man

0

Penampilan Shin Ye Eun sebagai bintang undangan di episod istimewa Running Man yang ditayangkan pada Ahad, 26 November 2023 lalu berjaya menarik perhatian para penonton. Bintang drama The Glory itu turut membuatkan anggota lain Running Man berdekah tertawa kerana tindak tanduk nakalnya.

Melihat potensi Shin Ye Eun melalui penampilannya di program SBS itu, anggota Running Man dan juga para penonton berharap supaya pelakon itu boleh tampil kembali.

Benarkah Shin Ye Eun akan menjadi pengganti Jeon So Min dalam Running Man? Lihat ulasan berikut ini!

1. Shin Ye Eun membuat anggota Running Man terpukau

6aefa703 8565 47db 89a9 9ecf2d8604f9Dalam episod istimewa terbaru variety show SBS, Running Man, yang ditayangkan pada Ahad lalu, Shin Ye-eun dan juga bekas gamer Hong Jin Ho muncul sebagai bintang undangan dan bersaing dengan anggota Running Man.

Anggota Running Man dibahagikan menjadi dua kumpulan untuk menjalankan sebuah misi di Singapura. Kumpulan yang membawa wang paling banyak akan menang, sementara yang kalah akan menerima penalti yang memalukan.

Dalam episod tersebut, Shin Ye-eun dan Yang Se Chan menjadi sepasang kekasih. Sebelum ini, Yang Se Chan memang kerap dipasangkan dengan Jeon So Min sebelum dia menarik diri dari Running Man pada awal November lalu.

Sewaktu memperkenalkan Shin Ye-eun sebagai kekasih barunya dengan mengatakan, “Saya mengganti kekasih saya,” anggota Running Man memberikan reaksi yang menarik dan mengatakan bahawa Jeon So Min pasti akan merasa sedih apabila menonton episod itu.

 

2. Shin Ye Eun sangat komited sewaktu berlakon sebagai kekasih Yang Se Chan

8967215b 0a31 4c16 bfe8 6c064438dc85Seolah-olah benar-benar sepasang kekasih, Shin Ye-eun sempat menggoda Yang Se Chan dengan menghantar signal ‘kkyu’ yang lucu, seperti yang sering dilakukan oleh Jeon So Min sewaktu masih menjadi anggota Running Man dahulu. Gelagat lucu Shin Ye-eun ini berjaya membuatkan setiap anggota Running Man tertawa.

 

 

3. Shin Ye Eun menunjukkan berbagai potensi dan mampu menghiburkan penonton

Shin ye eunDalam episod istimewa Singapura tersebut, Shin Ye-eun yang perlu melakukan mimik wajah Bo Suzuki seperti dalam manga Crayon Shinchan itu juga dianggap sangat menghiburkan, tidak hairanlah jika bintang drama More Than Friends itu digelar sebagai “Variety Genius”.

Sewaktu dalam misi Running Man, Shin Ye-eun secara tiba-tiba mengubah suaranya supaya kedengaran seperti karakternya, menunjukkan dia sangat serius dengan konsep permainan sewaktu menjadi bintang undangan di variety show SBS, Running Man.

 

4. Anggota Running Man memuji Shin Ye Eun

8cf44e4e c1e8 434c 8f76 a78eb2f70504Sewaktu berada di dalam bas untuk menuju lokasi seterusnya di Singapura, Shin Ye Eun mula menunjukkan bakatnya yang lain dalam menghafal laluan kereta bawah tanah. Tetapi, bertentangan dengan jangkaan, dia dengan selamba melakukan kesalahan yang membuatnya kelihatan sangat lucu.

Dikenali sebagai seorang pelakon yang selalu muncul dalam banyak drama sebagai pelakon utama, Ji Seok Jin terkejut dengan perkembangan karakter Shin Ye Eun sewaktu menyertai Running Man dan Yoo Jae Seok memujinya sebagai seseorang yang menyenangkan dan membuatkan orang disekeliling selesa.

Walaupun begitu, sewaktu Jeon So Min diumumkan meninggalkan Running Man selepas 6 tahun bersama, pihak penerbitan mengatakan bahawa mereka akan membiarkan tempatnya kosong untuk sementara waktu dan menggantikannya dengan menampilkan ramai bintang undangan.

Dalam episod terbaru, Shin Ye Eun hanya menunjukkan potensi yang membuatkan Yoo Jae Seok terhibur sehingga dia menginginkan pelakon itu untuk muncul lagi dalam Running Man pada minggu hadapan. Kita tunggu berita rasmi dari pihak penerbitan ya, yeorobun!

Baca lagi: Jo Jung Min Disahkan Menderita Kanser Tiroid, Selama ini Dirahsiakan
Baca juga: Nasib Lee Kwang Soo Dalam ‘GBRB: Reap What You Sow’ Berbeza Dengan ‘Running Man’