Kenali senarai aktor kacak yang pernah bergandingan dengan Shin Min Ah dalam drama Korea popular — dari My Girlfriend Is a Gumiho hingga Hometown Cha-Cha-Cha.
Shin Min Ah merupakan antara nama besar dalam industri hiburan Korea Selatan. Pelakon jelita ini bukan sahaja dikenali dengan visual menawan, malah sering dipuji kerana keupayaan membawakan pelbagai watak — daripada komedi romantik, fantasi sehinggalah thriller psikologi.
View this post on Instagram
Beliau juga terkenal kerana kerap digandingkan dengan barisan aktor kacak dan berpengaruh, sekali gus mencipta keserasian lakonan (on-screen chemistry) yang kuat. Tidak hairanlah kebanyakan drama lakonannya mencatat rating tinggi dan menjadi kegemaran penonton tempatan serta antarabangsa.
Persoalannya, siapakah aktor-aktor yang pernah menjadi pasangan lakonan Shin Min Ah dan meninggalkan impak besar dalam dunia K-drama? Berikut ialah senarai lengkap gandingan ikonik Shin Min Ah yang wajib anda tahu.
Senarai Aktor Yang Pernah Digandingkan Dengan Shin Min Ah
1. Rain – A Love to Kill (2005)

Rain bergandingan dengan Shin Min Ah dalam drama fantasi romantik ini. Rain membawakan watak Kang Bok Gu, manakala Shin Min Ah sebagai Cha Eun Seok. Kisah cinta tragis mereka meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
2. Ju Ji Hoon – Devil (2007)

Dalam drama thriller psikologi ini, Ju Ji Hoon melakonkan Kwak Jung Wook sebagai peguam bela yang menyimpan rahsia gelap, manakala Shin Min Ah sebagai Seo Hae In, seorang pustakawan yang memiliki kebolehan psikik.
3. Lee Seung Gi – My Girlfriend Is a Gumiho (2010)

Gandingan bersama Lee Seung Gi menjadi fenomena besar. Shin Min Ah memegang watak gumiho yang ikonik, menjadikan drama ini antara rom-com fantasi paling popular sepanjang zaman.
Lee Jong Suk dan Shin Min Ah dalam KDrama Fantasi Romantik Adaptasi Manhwa The Remarried Empress
Inilah Drama Korea Adaptasi Webtoon Paling Dinantikan Sepanjang 2026
4. Lee Joon Gi – Arang and the Magistrate (2012)

Lee Joon Gi dan Shin Min Ah tampil dalam drama sejarah fantasi penuh emosi, mengisahkan roh gadis bernama Arang yang mencari kebenaran tentang kematiannya.
5. So Ji Sub – Oh My Venus (2015)

Antara pasangan paling ikonik, So Ji Sub bergandingan dengan Shin Min-ah dalam komedi romantik ini. Drama ini melonjakkan populariti mereka sebagai couple kegemaran peminat.
6. Lee Je Hoon – Tomorrow With You (2017)

Lee Jee Hoon membawa watak lelaki yang mampu merentas masa, manakala Shin Min-ah sebagai jurugambar yang menjadi isterinya dalam kisah cinta fantasi yang matang.
7. Kim Seon Ho – Hometown Cha-Cha-Cha (2021)

Gandingan bersama Kim Seon Ho mencetuskan fenomena global. Drama ini menjadi antara K-drama paling disukai kerana jalan cerita santai dan chemistry semula jadi mereka.
8. Kim Young Dae – No Gain No Love (2024)

Kim Young Dae tampil sebagai pasangan lakonan Shin Min-ah dalam kisah perkahwinan kontrak yang unik dan segar.
9. Park Hae Soo – Karma (2025)

Drama terbaharu ini menyaksikan Shin Min-ah digandingkan dengan Park Hae Soo dalam sebuah naskhah berat dan penuh konflik psikologi.
Bagi anda, siapakah pasangan yang paling serasi dengan Shin Min-ah?








