Home K - Pop “Senang Je Nak Hapuskan Kamu.” Bekas CEO YG Entertainment Ugut Pelatih K-Pop

“Senang Je Nak Hapuskan Kamu.” Bekas CEO YG Entertainment Ugut Pelatih K-Pop

0

Terdapat keterangan mahkamah yang menunjukkan bekas CEO atau ketua penerbit YG Entertainment, Yang Hyun Suk mengugut bekas pelatih penyanyi K-Pop, lapor SBS.

Memetik laporan SBS, Hyun Suk mengatakan “Mudah sahaja untuk membun*h awak.” supaya bekas pelatih K-Pop berkenaan menarik balik kenyataannya terhadap BI (bekas ahli kumpulan lelaki YG Entertainment iKON) dan menutup kes dadahnya.

Pada 18 April, Yang Hyun Suk telah dihadapkan di Mahkamah Daerah Pusat Seoul untuk perbicaraan kali ketiga.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment itu diserahkan kepada perbicaraan atas tuduhan memujuk dan menakut-nakutkan bekas pelatih tersebut bagi menarik balik keterangannya terhadap BI apabila dia mendakwa BI telah membeli dadah.

Bekas pelatih yang dikenali sebagai Hahn yang melaporkan pembelian dadah oleh BI telah memberi keterangan sebagai saksi pada hari perbicaraan itu.

Semasa perbicaraan, Hahn mendakwa bahawa dia telah bertemu Yang Hyun Suk di pejabat YG Entertainment pada Ogos 2016, dan diancam dengan kata-kata ugutan dan pujukan selama kira-kira dua jam.

Apabila ditanya, “Adakah benar defendan Yang Hyun Suk berkata kepada saksi, ‘Saya dapat melihat semua kenyataan keterangan. Memandangkan kamu ni berada dalam industri hiburan, mudah untuk saya membun*h kamu’?”

Hahn menjawab, “Ya.”

“Pada masa itu, saya betul-betul ingat saya akan mati jika tak mendengar kata-katanya. Saya sangat takut kerana dia mengancam nyawa saya. Dia bukan lagi kelihatan seperti orang yang saya kenal.” ujar Hahn lagi.

Yang Hyun Suk mengakui mengadakan pertemuan dengan Hahn tetapi menegaskan bahawa dia tidak memaksa atau mengancamnya untuk membuat kenyataan palsu.