Home Entertainment Bekas Kekasih G-Dragon Menangis Kerana Komen Kecaman Yang Dilemparkan Kepadanya

Bekas Kekasih G-Dragon Menangis Kerana Komen Kecaman Yang Dilemparkan Kepadanya

0

Model dan aktres Kiko Mizuhara mengadu jiwanya sakit apabila dilempar pelbagai komen berbentuk kecaman setelah dia mendedahkan keganasan seksual dalam industri hiburan Jepun.

Seorang netizen Jepun mendakwa kenyataannya itu sekadar mahu mencari perhatian dan menyindir tentang asal usul aktres tersebut serta mengaku tidak menyukai Kiko hanya kerana dia berketurunan Korea.

Menerusi siaran langsung, dengan linangan air mata dia berkata “Saya ingatkan bercakap mengenai isu gangguan seksual dalam industri hiburan adalah perkara betul. Tetapi saya diserang hanya kerana saya kacukan Korea.”

klnbv

“Saya tak tahu lagi apa yang saya boleh buat. Tapi saya memang sakit hati! Apabila sering dikritik orang ramai ini, perlahan-lahan saya jadi takut nak menyatakan pendapat saya.”

Bapa Kiko Mizuhara merupakan orang Amerika, manakala ibunya pula Zainichi (Komuniti Korea yang tinggal di Jepun).  Model dan aktres itu menetap di Jepun dan debut sebagai model majalah pada 2007. Pada sekitar 2014 hingga 2015, dia menarik perhatian ramai kerana bercinta dengan anggota Big Bang, G-Dragon.

Sumber: [1],[2]