Home Entertainment Semua Kakitangan SM Entertainment ‘Reject’ Lagu Ini, Hanya Taeyeon Mahukan Lagu Ini...

Semua Kakitangan SM Entertainment ‘Reject’ Lagu Ini, Hanya Taeyeon Mahukan Lagu Ini Dikeluarkan

0

Siapa je tak kenal Taeyeon Girls Generation? Seorang penyanyi yang sangat dikenali di dalam industri muzik Korea Selatan dengan vokalnnya yang hebat!

Baru-baru ini, Taeyeon ada mendedahkan satu cerita di mana, pada awalnya SM Entertainment telah menentangnya daripada mengeluarkan lagu utama “INVU”.

Di dalam temu bual, Taeyeon berkata bahawa semua kakitangan SM Entertainment menolak lagu tersebut dengan cara undian. Dan satu- satunya yang mahu mengeluarkan lagu tersebut, hanyalah Taeyeon.

taeyeon invu

Oleh sebab itu, dia terpaksa meyakinkan dan memujuk kakitangan SM dengan menyanyikan lagu itu sambil berlakon dan mengekspresikan lagu itu dengan terbaik.

Taeyeon menjelaskan bahawa ianya senang untuk meyakinkan kakitangan, dan mudah untuk bekerja mengeluarkan album itu. Bagaimanapun, semua kakitangan bersetuju bahawa apa yang tinggal adalah untuk meyakinkan orang ramai.

Nampaknya, Taeyeon lebih mengenali peminatnya apabila lagu “INVU” telah berjaya mencipta pelbagai rekod hebat di platform muzik seperti mendominasi carta Melon, Gaon dan iTunes di lebih 21 negara sejurus selepas ianya dikeluarkan. Bukan biasa-biasa tau!

Jom dengar lagu “INVU”:

Baca lagi: “Mereka Tidak Pernah Bercinta”, Agensi Youngjae Got7 Tepis Dakwaan Percintaan Dengan Penyanyi LOVEY

Baca lagi: Son Ye Jin & Hyun Bin Bakal Timang Cahaya Mata