Home Entertainment Selepas Kim Garam Berkongsi Cerita Bulinya, Ini Reaksi K-netizen

Selepas Kim Garam Berkongsi Cerita Bulinya, Ini Reaksi K-netizen

0

Pada 10 Ogos, bekas ahli LE SSERAFIM Kim Garam telah berkongsi cerita buli di sekolah yang melibatkan dirinya, dengan mengemukakan beberapa bukti termasuk dokumen Jawatankuasa Pencegahan Keganasan Sekolahnya sendiri.

Dokumen Jawatankuasa Pencegahan Keganasan Sekolah menyatakan bahawa “mengutuk dan mengancam” telah berlaku dua kali, di hadapan sekolah rendah dan melalui SNS.

1660199393 fad07712 d1db 4970 b8b3 32891c416a37

Dokumen itu juga mengesahkan bahawa sekumpulan 8 pelajar termasuk Kim Garam bersemuka dengan Yoo Eun Seo di luar sekolah rendah, selepas Yoo Eun Seo menyiarkan gambar salah seorang rakannya yang hanya berseluar dalam di Facebook.

4 daripada pelajar itu berdiri jauh, manakala 4 pelajar termasuk Kim Garam menuntut agar Yoo Eun Seo mengakui kesalahannya dan memohon maaf di Facebook.

Pertengkaran itu berlarutan lebih kurang 3 jam dan turut melibatkan pelajar lelaki yang lebih tua.

garam2

Bagaimanakah reaksi netizen Korea terhadap kisah Kim Garam ini?

Ada yang berkata,

“Secara keseluruhannya, Kim Garam hanya mahu mendedahkan bahawa walaupun dia mengutuk dan mengugut Yoo Eun Seo, Yoo Eun Seo juga main kotor. Mereka berdua berada pada tahap ‘Iljin’ yang sama.”

“Kamu tuai apa yang kamu tabur. Kedua-dua Kim Garam, Yoo Eun Seo, dan semua rakan mereka membuli satu sama lain secara dua hala.”

“Nampaknya tujuan kenyataannya adalah untuk membuktikan bahawa Yoo Eun Seo adalah salah. Tetapi kenyataanya Kim Garam masih seorang ‘Iljin’ dan dia pastinya bukan seorang ‘pelajar biasa’.”

“Ia adalah kes klasik gadis ‘Iljin’ bergaduh dan menyebabkan kekecohan besar di sekolah.”

Baca lagi: Ditendang Keluar Dari Weekly, Jiyoon Cerita Perkara Sebenar!

Baca lagi: “Saya Bukan Seorang Pembuli”-Kim Garam Tampil Dengan Kenyataan Bela Diri

KIM GARAM 1

Ada juga yang memberi reaksi seperti:

“Memang benar perkataan yang diucapkan Yoo Eun Seo itu berbelit.”

“Selagi dia tidak cuba menjadi idola lagi. Teruskan jalani kehidupan yang normal, tetapi kehidupan seorang bintang K-Pop bukan untuk awak.”

“Itu pastinya satu kes keganasan sekolah yang besar. Tetapi dia tidak layak mendapat kebencian seperti yang dia dapat sekarang apabila perkara sebenarnya adalah Yoo Eun Seo yang menyiarkan gambar pelajar lain dahulu. Sekarang ini dah jelas, dia sepatutnya menjalani kehidupan biasa.”

“Pada asasnya, Yoo Eun Seo hanya tidak tahan melihat Kim Garam menjadi idola K-Pop terkenal selepas apa yang berlaku. Tetapi semua itu sudah tidak penting sekarang, dan LE SSERAFIM lebih baik tanpa Garam.”

Sumber: [1]